Accessibility Tools

News

News Archives

  • 53 KERTAS KERJA DIBENTANGKAN PADA YOURS'21
    Kuala Lumpur: Sebanyak 53 kertas kerja dibentangkan pada Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2021 (YOURS'21) bertemakan Membentuk Masa Depan: Cabaran Belia Masa Kini secara atas talian melalui platform Zoom Webinar semalam. Perasmian seminar anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kali kelima itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. KBS dalam kenyataannya berkata, penganjuran kali ini membabitkan kerjasama dengan Institut Pengajian Sains Sosial (Ipsas), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam perkongsian hasil penyelidikan yang memfokuskan kepada pembangunan belia. "Seminar ini antara medium utama membincangkan isu-isu belia dari perspektif penyelidikan khususnya isu-isu yang relevan, terkini dan memberi fokus kepada cabaran dihadapi oleh belia. "Di samping itu, seminar ini turut mengetengahkan kepentingan pelaksanaan inisiatif/ program pembangunan belia berpacukan data (data driven)," katanya. Kenyataan itu berkata, daripada 53 pembentang, enam adalah pembentang antarabangsa dan 47 pembentang tempatan dengan pembentang termuda Syabil Fikri Syamsul Maizam iaitu pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun. "Beliau membentangkan kertas kerja mengenai Kepentingan Inovasi Kepada Belia Malaysia: Sorotan Perbandingan. "Kajian beliau membincangkan mengenai peluang belia dalam dunia inovasi dan penyelidikan berbanding Jepun yang pesat membangun bagi melandasi masalah yang dihadapi orang muda untuk terus berinovasi," katanya. Sumber dari : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/783540/53-kertas-kerja-dibentangkan-pada-yours21  
  • BENGKEL HALA TUJU IYRES TAHUN 2022
    MELAKA, 21 November 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Bengkel Hala Tuju IYRES Tahun 2022 selama tiga hari bermula 19 hingga 21 November 2021 di Melaka. Bengkel ini bertujuan merancang program dan aktiviti IYRES bagi tahun 2022 selaras dengan teras Pelan Strategik IYRES 2021 - 2025. Bengkel ini dihadiri oleh 24 orang pegawai dan kakitangan IYRES yang menyumbang kepada perbincangan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2022. Sejajar dengan teras Pelan Strategik IYRES 2021-2025, sebanyak 81 KPI telah disasarkan bagi tahun 2022.Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini IYRES dapat memperkukuhkan perkhidmatan sebagai institut penyelidikan bertaraf tinggi, meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan pemegang taruh serta menjayakan semua program dan aktiviti yang telah ditetapkan.  
  • MENGHADAPI CABARAN SEMASA USAHAWAN BELIA HADAPI PANDEMIK COVID-19
      Penularan COVID-19 membuatkan masyarakat bukan sahaja berhadapan dengan krisis kesihatan bahkan pelbagai aspek lain termasuk dalam aspek ekonomi dan sosial. Keadaan ini tidak terkecuali kepada mereka yang bergelar usahawan dan statistik menunjukkan pada tahun 2020 usahawan dalam kategori umur 15 hingga 40 tahun adalah seramai 68,631 orang. Pada tahun 2020, 97.2% pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan secara puratanya meningkat sebanyak 4.9% setiap tahun sejak 2015. Pada tahun 2020, PKS turut menyumbang sebanyak 38.2% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berbanding 38.9% pada tahun 2019. Usahawan PKS khususnya merupakan kumpulan yang terkesan kerana mereka perlu berdepan dengan cabaran semasa untuk meneruskan perniagaan mereka lebih-lebih lagi kepada kumpulan belia yang baharu memulakan perniagaan. Tinjauan kesan pandemik COVID-19 kepada usahawan belia secara atas talian telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati 94.7% daripada 378 responden usahawan belia berumur 18 sehingga 40 tahun mengatakan terkesan dengan situasi semasa pandemik COVID-19Kesan langsung penularan COVID-19 ke atas perniagaan responden yang paling ketara adalah pengurangan hasil pendapatan berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penurunan purata jualan tahunan pada tahun 2020 dianggar mencecah 45.1% berbanding purata jualan tahunan pada 2019 berikutan kekurangan dan ketiadaan pelanggan serta kerterbatasan aktiviti perniagaan. Keadaan ini juga secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan belia Malaysia kerana segelintir daripada usahawan belia juga terpaksa menutup perniagaan dan kehilangan pekerjaan. Sebahagian responden (51.6 %) juga terpaksa memilih untuk beralih ke sektor dan aktiviti perniagaan baharu terutamanya dalam sektor perkhidmatan berasaskan makanan & minuman dan pertanian dalam anggaran tempoh peralihan 3 hingga 6 bulan. Survei ini juga mendapati beberapa strategi yang digunakan oleh responden untuk mendepani cabaran semasa dan pasca pandemik antaranya melalui peningkatan strategi pemasaran dan pengiklanan (35.3%), transformasi dan adaptasi digital (32.2%), mendapatkan dana dan bantuan (9.3%), peralihan ke bidang perniagaan baharu (9.1%), penjimatan kos (3.6%), kepelbagaian produk (3.3%) dan lain-lain. Kerajaan juga komited untuk membantu usahawan-usahawan yang terjejas demi menjamin kelangsungan perniagaan mereka. Inisiatif kerajaan seperti Pembiayaan PKS PENJANA akan memanfaatkan usahawan dengan nilai pinjaman sebanyak RM1.32 bilion dalam memperkasakan perniagaan PKS di samping pembiayaan lain seperti Pelancongan PENJANA, Kredit Mikro PENJANA dan Bantuan Bumiputera (BRF). Geran Khas PRIHATIN turut memanfaatkan PKS selain daripada RM700 juta Subsidi Upah 3.0 yang disasarkan kepada 400,000 pekerja dan 37,000 majikan. Tambahan itu, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA PLUS) dan terbaru Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga turut menunjukkan sokongan yang berterusan dan pelbagai inisiatif kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara. KBS juga melaksanakan pelbagai inisiatif kerjasama rentas kementerian antaranya dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam memberi bimbingan keusahawanan dan sokongan kepada golongan belia seperti Program Pencetus Usahawan iaitu program dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Pelaksanaan latihan dan bimbingan seumpama ini adalah antara inisiatif yang lebih bermakna dan menjurus kepada pembelajaran sepanjang hayat sekiranya usahawan itu sendiri memanfaatkan dan mengaplikasi ilmu yang mereka perolehi. Selain itu, program kerjasama yang dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah melalui Program myPRENEUR. Program ini bertujuan untuk menyediakan laluan pembangunan keusahawanan, meneroka peluang untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi serta jalinan rangkaian dengan usahawan Bumiputera dan agensi terpilih. Usahawan belia yang berminat boleh melayari www.ebelia.gov.my untuk mendapatkan informasi berhubung inisiatif kepada para belia. Platform perniagaan untuk belia menceburkan diri dalam sektor keusahawanan juga disyor untuk diperluaskan dan diperkasakan kepada kumpulan sasar kerana mereka sangat berminat, berani mengambil risiko dan mempunyai daya tahan yang tinggi dan untuk terus menceburkan diri dalam sektor keusahawanan walaupun pandemik COVID-19 membuatkan mereka terpaksa beralih kepada sektor perniagaan baharu. Selain itu, platform penjualan produk-produk usahawan belia juga boleh disediakan dan ditawarkan kepada usahawan untuk meluaskan pasaran mereka dengan lebih cepat dan juga efektif. Penyediaan platform yang lebih dekat kepada pengguna dan masyarakat seperti Shopee, LAZADA sangat membantu usahawan untuk memasarkan produk mereka bukan sahaja pasaran di dalam negeri bahkan di luar negara. Bukan itu sahaja, saluran khusus juga diperlukan oleh usahawan untuk mereka meluaskan pasaran produk mereka ke peringkat tempatan dan luar negara. Diharap melalui inisiatif yang dilaksanakan, usahawan belia khususnya boleh bangkit semula dan bertahan untuk kelangsungan perniagaan mereka. INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) 18 NOVEMBER 2021 Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Unit Komunikasi Korporat, IYRES        Tel.: 03 - 8871 3337  
  • KOLABORASI STRATEGIK INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) DALAM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN BELIA MALAYSIA
    PUTRAJAYA, 18 November 2021 - Satu memorandum persefahaman (MOU) kerjasama strategik dimeterai antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berlangsung  di Dewan Podium, menara Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya hari ini. Kerjasama ini dapat memberi faedah kepada kedua-dua pihak dalam menghasilkan output berpacukan sains data yang boleh dimanfaatkan oleh semua pemegang taruh khususnya dalam aspek pembangunan belia di negara ini. Menerusi usahasama ini juga,  IYRES  yang merupakan sebuah institusi penyelidikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan memanfaatkan data hasil kajian pembangunan belia dan pihak UMP dapat berkongsi kepakaran khususnya dalam konteks sains data yang dapat menyumbang ke arah penyediaan data raya (big data).   Majlis MoU ini menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, YBrs. Dr. Muhammad Mahadi bin Mohamad dan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP menandatangani dokumen MoU. Turut sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP,YBhg. Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli. MoU ini juga merupakan satu bentuk kerjasama bersama untuk memenuhi tugas dan fungsi kedua-dua belah pihak dalam menjalankan inisiatif penyelidikan, analisis data, kepakaran, penerbitan serta dalam penganjuran bersama forum, siri diskusi, seminar dan latihan dalam Data Raya serta pembangunan belia.  
  • PERSIDANGAN KEPENDUDUKAN KEBANGSAAN 2021 (PERKKS21)
    PUTRAJAYA, 17 November 2021 - Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 bertemakan Penduduk dan Keluarga Berkualiti Pemangkin Pembangunan Lestari yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bersama Universiti Malaya dan United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia telah berlangsung pada 16 hingga 17 November 2021 secara dalam talian. Persidangan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menyediakan platform kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan berkaitan isu semasa dan cabaran dinamik penduduk dan keluarga, serta mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap dasar dan program sedia ada.  YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, KBS telah dijemput sebagai pembentang sesi plenari bagi membincangkan tajuk Belia, Teknologi, Penyelidikan & Pembangunan. Turut hadir ke persidangan tersebut Puan Shahhanim Yahya, Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Semoga sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.  
  • PERSIDANGAN MEJA BULAT (RTD) SIRI 3/2021 BERTEMAKAN MEMBINA IDENTITI BELIA PASCA COVID-19
    Putrajaya, 12 November 2021 - Telah berlangsung Persidangan Meja Bulat atau Round Table Discussion (RTD) Siri 3 yang bertemakan Membina Identiti Belia Pasca COVID-19 telah berlangsung pada 12 November secara atas talian. Selepas bacaan doa, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan seterusnya dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. RTD ini dikendalikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arsyad daripada UPM selaku moderator dengan panel pembentang yang terdiri daripada Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA). Tujuan program RTD ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul idea, pandangan dan cadangan golongan belia bagi mengangkat suara dan hasrat mereka dalam membina semula identiti belia Malaysia pasca COVID-19. YBrs. Puan Zanawiah Hassan (MEDAC), YBrs. Encik Nik Nazree Nik Abdul Rahman (TERAJU), dan YBrs. Puan Anita Abu Bakar (MIASA) telah berkongsi input dan pandangan mereka dalam program setengah hari tersebut. Pada akhirnya, 10 resolusi telah dibentuk sebagai rumusan program yang akan diangkat kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 444 orang telah mengikuti program RTD kali ini yang merupakan siri terakhir bagi tahun 2021. Terima kasih diucapkan dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan! Untuk ulang tayang, sila ke FB page kami @IYRESKBS  
  • SESI KUNJUNG HORMAT KEPADA YBHG. DATO’ SRI. UZIR MAHIDIN, KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM) PUTRAJAYA
    Putrajaya, 12 November 2021 – Sesi Kunjungan Hormat YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES ke atas YBhg. Dato’ Sri Dr. Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia telah diadakan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Putrajaya pada 12 November 2021. Sesi kunjung hormat tersebut bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi serta memantapkan pengurusan dan pembangunan data belia Malaysia. Menerusi sesi kunjung hormat tersebut, IYRES telah mencadangkan lima bentuk kerjasama yang ditawarkan kepada DOSM iaitu (i) perkongsian data profil belia, (ii) penganjuran program kerjasama, (iii) penyelarasan kohort umur belia, (iv) perkongsian kemahiran dan kepakaran serta (v) pengiklanan/ penyebarluasan. Cadangan kerjasama tersebut telah disambut baik oleh pihak DOSM dan perbincangan lanjut akan dilaksanakan bagi mengenal pasti peluang dan ruang kerjasama yang lebih berfokus. Turut hadir ke sesi tersebut adalah pegawai-pegawai kanan IYRES. Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengembangkan pangkalan data belia untuk masa hadapan.  
  • IYRES MEMPEROLEH PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015
    PUTRAJAYA, 11 November 2021 - Telah selesai proses pengauditan fasa kedua oleh pihak SIRIM bagi tujuan pensijilan ISO 9001:2015. Fasa kedua audit kali ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 November 2021. Juruaudit SIRIM iaitu Encik Mohd Hisyam Mahadi dan Encik Mohd Nazim Zakaria telah melaksanakan pengauditan ke atas proses pengurusan penyelidikan dalam pembangunan  belia Malaysia merangkumi pengurusan data, program sokongan penyelidikan, penerbitan dan perkhidmatan sokongan. Sistem Pengurusan Kualiti IYRES. Pelaksanaan pengauditan ISO 9001: 2015 ini adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan IYRES akur kepada keperluan Sistem Pengurusan Kualiti organisasi dan keperluan standard MS ISO 9001:2015. Mesyuarat pembukaan dan penutup bagi pengauditan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Berdasarkan pengauditan selama 2 hari tersebut, Sistem Pengurusan Kualiti IYRES telah mematuhi standard ISO 9001:2015 dan pihak SIRIM telah mengesyorkan pensijilan MS ISO 9001:2015 kepada IYRES. Tahniah diucapkan kepada warga IYRES di atas kejayaan memperoleh pensijilan tersebut, semoga ia memberi keyakinan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan bahawa IYRES diperakui menggunakan amalan terbaik dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan fungsi sebagai Institut Penyelidikan peringkat Nasional.  
  • PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IYRES YANG KESEPULUH
    PUTRAJAYA, 25 Oktober 2021 - Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan IYRES bagi bulan Oktober 2021 telah diadakan pada 25 Oktober 2021 secara hibrid. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam, diikuti dengan bacaan doa serta tayangan video imbasan aktiviti IYRES sepanjang bulan September 2021. Majlis diteruskan dengan mendengar amanat daripada YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan penyampaian sijil Anugerah Tokoh Pekerja Terbaik bagi bulan Oktober 2021 iaitu Puan Noor Afifah Johari dan Encik Muhammad Azeem Abd Aziz. Tahniah diucapkan dan semoga dengan penganugerahan ini akan menaikan lagi semangat untuk terus berjaya pada masa akan datang. Majlis turut meraikan dua orang kakitangan yang dikurniakan cahaya mata, kakitangan yang melangsungkan perkahwinan dan semua warga IYRES yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober. Selesai sesi potong kek tersebut, semua warga IYRES dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.     
  • ELEVENTH ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING ON YOUTH (SOMY XI) & TENTH ASEAN PLUS THREE SENIOR OFFICIALS MEETING ON YOUTH (10TH SOMY+3)
    PUTRAJAYA, 24 September 2021- YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan telah mewakili Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan bagi mempengerusikan Mesyuarat SOMY XI & 10TH SOMY+3 secara maya yang telah berlangsung pada 23 & 24 September 2021. Mesyuarat ini merupakan anjuran bersama Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS dan ASEAN Sekretariat. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan inisiatif-inisiatif pemerkasaan belia di rantau ASEAN merangkumi isu pendidikan, peluang pekerjaan dan kemampanan ekonomi, kesejahteraan hidup dan kesihatan mental terutamanya dalam mendepani cabaran pasca Covid-19. Mesyuarat dihadiri oleh pegawai tertinggi Kementerian Belia dari Negara Anggota ASEAN serta tiga Negara lain iaitu Jepun, Republik Rakyat China dan Republik Korea. Turut hadir YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.  
  • PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015
    PUTRAJAYA, 17 September 2021 - Telah selesai proses pengauditan fasa pertama  oleh pihak SIRIM secara atas talian bagi tujuan pensijilan ISO 9001:2015. Fasa pertama audit ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 dan 17 September 2021. Juruaudit SIRIM Encik Mohd Hisyam Mahadi telah melaksanakan pengauditan ke atas kesediaan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti IYRES. Pelaksanaan pengauditan ISO 9001: 2015 ini adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan IYRES akur kepada keperluan Sistem Pengurusan Kualiti organisasi dan keperluan standard MS ISO 9001:2015. Mesyuarat pembukaan dan penutup bagi pengauditan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Semoga pelaksanaan MS ISO 9001:2015 dapat meningkatkan kepuasan pelanggan. Segala cadangan, teguran dan penemuan oleh pihak SIRIM akan ditambahbaik bagi memastikan IYRES memperolehi persijilan ISO 9001:2015.  
  • EKONOMI BELIA PROGRAM PERSIDANGAN MEJA BULAT SIRI 2 BERTEMAKAN CABARAN EKONOMI BELIA
    PUTRAJAYA, 13 September 2021 - YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Siri 2 bertemakan Cabaran Ekonomi Belia secara atas talian melalui Zoom Webinar dan Facebook Live @IYRESKBS hari ini. Program Persidangan Meja Bulat ini merupakan anjuran kedua Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tahun ini dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju). Program yang dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari, Think Tank IYRES sebagai moderator ini mengetengahkan tiga orang panel iaitu YBrs . Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES; Kolonel Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Malaysia; En . Muhammad Afiq Mohmad Nazari Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction yang membawa tiga (3) pembentangan berkaitan cabaran ekonomi belia bertajuk Trend Ekonomi Belia, Merealisasikan Bakat Bumiputera Pasca-Pandemik dan Mengharungi Bisnes di Era Pandemik Covid-19. Seramai 413 orang peserta telah menyertai persidangan kali ini. Rumusan resolusi yang dibentangkan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah menyeru golongan belia, kerajaan dan juga ibu bapa untuk mengambil tindakan yang sejajar dengan keperluan ekonomi/ pasaran/ industri semasa bagi meningkatkan kebolehpasaran golongan belia.  
  • MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA IYRES DAN YAYASAN PENERAJU
    PUTRAJAYA, 6 September 2021 - Satu memorandum persefahaman (MOU) kerjasama strategik antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) telah berlangsung hari ini secara atas talian melalui aplikasi Zoom. MoU ini ditandatangani oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan YBrs. Kol. Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, disaksikan oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Md Amin Md Taff, Ahli Lembaga Pengarah IYRES dan YBrs. Dr Amina Josetta Kayani, Pengarah Strategi dan Perhubungan, Yayasan Peneraju. MoU ini merupakan satu bentuk kerjasama bersama untuk memenuhi tugas dan fungsi kedua-dua belah pihak dalam menjalankan inisiatif penyelidikan, perkongsian data dan kepakaran serta dalam penganjuran bersama program pembangunan kapasiti belia khususnya belia Bumiputera. Persidangan Meja Bulat Siri 2/ 2021 yang bertemakan Cabaran Ekonomi Belia masa kini merupakan penganjuran program bersama yang akan berlangsung pada Isnin 13 September 2021. Kerjasama ini adalah inisiatif bersama untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan isu serta cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 khusus kepada belia yang terkesan. Terdahulu, satu perbincangan awal di antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) telah diadakan pada Rabu 20 Januari 2021, bagi memuktamadkan memorandum persefahaman (MOU) kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.  
  • PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IYRES OGOS 2021
    PUTRAJAYA, 26 Ogos 2021 - Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Team IYRES bagi bulan Ogos dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Noor Sham Che Mat dan disusuli dengan penyampaian amanat oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Majlis diteruskan dengan ucapan tahniah kepada YBrs. Dr. Vellapandian atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 oleh JPA dan pengumuman Anugerah Tokoh Pekerja Terbaik bulan Ogos iaitu Puan Shahhanim Yahya dan Puan Noor’Ayu Sharif. Seluruh warga IYRES mengucapkan tahniah dan syabas di atas Penganugerahan tersebut. Majlis diakhiri dengan ucapan sambutan ulang tahun warga IYRES yang lahir pada bulan Ogos 2021, diikuti dengan ucapan selamat datang kepada Personel MyStep IYRES baharu iaitu Cik Norain Mohd. Tamsir.  
  • KUNJUNGAN HORMAT UUM
    PUTRAJAYA, 26 Ogos 2021 - Sesi kunjungan hormat YBhg. Prof. Dr. Russayani Ismail, Dekan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM) ke atas YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah diadakan secara atas talian. Sesi ini diadakan bagi tujuan membincangkan mengenai cadangan kerjasama kedua belah pihak dalam bidang penyelidikan berkaitan kesejahteraan ekonomi belia dan kerjasama dalam anjuran program ilmiah. Turut serta YBrs. Prof. Madya Dr. Shamzaeffa Samsudin dan YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Nurazira Mohd Daud selaku Pensyarah Kanan Pusat Pengajian serta wakil IYRES iaitu Puan Nuurul Mizaan Ya'cob, Eksekutif Penyelidik IYRES, Cik Hamizah Sahharon, Eksekutif Komunikasi Korporat IYRES dan En. Muhammad Hafiz Hassan, Penolong Eksekutif Penyelidik IYRES.  
  • DAPATAN KAJIAN IYRES 2020, HAB DATA BELIA BERPERANAN PASTIKAN HALA TUJU BELIA NEGARA
    KUALA LUMPUR, 9 Ogos -- Dapatan kajian Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) 2020 dan Hab Data Belia berperanan memastikan hala tuju belia negara di landasan yang betul, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.- BERNAMA Klik untuk baca lebih lanjut : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1991157      
  • KURSUS ASAS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI (RINGGIT SENTAP KASI MANTAP)
    PUTRAJAYA, 3 Ogos 2021 – Kursus Asas Pengurusan Kewangan Peribadi telah dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) secara atas talian selama 2 hari bermula 2 hingga 3 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah Encik Tan Chee Hong, Ketua Cawangan AKPK Alor Setar dan Puan Fatimah Ali, Penolong Kanan Cawangan AKPK Alor Setar. Seramai 38 orang kakitangan IYRES telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Sokongan. Kursus ini dilaksanakan bagi tujuan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan berhemah dalam kalangan kakitangan disamping mengelakkan diri daripada berada dalam keadaan keberhutangan yang tinggi sehingga menjejaskan integriti dan prestasi di tempat kerja. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya amat ringkas di mana perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Melalui sesi kursus ini, panel jemputan telah berkongsi strategi pengurusan aliran tunai dan cara perbelanjaan berdasarkan pendapatan aktif dan pasif. Jejak belanja dengan menggunakan formula mudah yang boleh dimuat turun di atas talian mahupun secara manual. Perkongsian beliau dalam mengendalikan kes-kes pelanggan dalam pengurusan kredit bagi membebaskan diri dari belenggu hutang turut dikongsikan bersama. Selain itu juga, AKPK adalah sebuah badan agensi yang membantu menyediakan nasihat dan menganalisis kewangan pelanggan dengan menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman yang dirangka khusus dengan berpandukan kepada kedudukan tunai pelanggan. Antara saranan pihak AKPK, perlu ada ilmu dalam menguruskan kewangan dan jangan malu untuk mendapatkan nasihat. Banyak platform dan saluran yang sahih disediakan bagi mengatasi masalah kewangan dan terhindar dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kursus tersebut di akhiri dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan daripada peserta kursus.  
  • SESI KUNJUNGAN HORMAT SERTA KERJASAMA STRATEGIK ANTARA IYRES DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
    PUTRAJAYA, 26 Julai 2021 - IYRES telah menerima kunjungan hormat daripada tujuh orang pegawai Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin, Dekan Fakulti Komputeran UMP secara atas talian. Kunjungan daripada UMP telah disambut oleh enam wakil IYRES yang terdiri daripada YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES, Puan Mastura Mohamad dan Puan Nuurul Mizaan Ya’cob selaku Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES, dan disertai oleh Encik Mohd. Rizal Mohd. Sham dan Cik Hamizah Sahharon selaku Pegawai Penyelidik dan Eksekutif Komunikasi Korporat IYRES. Pelbagai maklumat dan perkongsian cadangan kerjasama telah dibincangkan seperti cluster universiti mengikut bidang keutamaan dan kepakaran yang ditawarkan iaitu data sains. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjadi rakan kerjasama strategik dalam bidang data analitik dan penulisan artikel. Selain itu, pihak UMP juga telah mencadangkan Social Media Mining for Malaysian Youth Index Score Prediction sebagai permulaan kolaborasi. Turut hadir bersama adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Komputeran UMP, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nizam Mohmad Kahar; empat orang Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran UMP, Ts. Dr. Mohd Izham Mohd Jaya, Dr. Mohd Zamri Osman, Dr. Mohd Arfian Ismail, Dr. Nur Shazwani Kamarudin dan Encik Aziman Abdullah, Pensyarah Fakulti Komputeran UMP.  
  • SESI PERKONGSIAN KESIHATAN MENTAL DALAM MENGIMBANGI SITUASI PENDAMIK
    PUTRAJAYA, 7 JULAI 2021 - Sesi Perkongsian Kesihatan Mental Dalam Mengimbangi Situasi Pendamik oleh Puan Siti Atiqah Moamat Mastam, Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar UKM telah diadakan secara atas talian selama 1 jam 30 minit. Sesi perkongsian berkenaan psikologi kaunseling ini pertama kali dilaksanakan sepanjang tempoh pendamik. Seramai 40 orang kakitangan telah menyertainya dari kumpulan sokongan hingga ke pengurusan tertinggi. Sesi ini diadakan bertujuan memberi sokongan dalam memastikan kehidupan yang seimbang dan sokongan mental dan fizikal warga IYRES bagi menghadapi situasi pendamik dengan perkongsian menjaga kesihatan mental, dan mengamalkan cara hidup yang seimbang iaitu “work life balance”. Melalui perkongsian ini, panel jemputan berkongsi “work life balance” adalah meliputi diri sendiri, keluarga, kerja dan kawan-kawan, peranan diri sendiri kepada keluarga dan kerjaya dan cara mengatasi konflik sekiranya ada. Turut dikongsikan petanda-petanda kesihatan mental di tempat kerja terjejas, menceritakan pengalaman beliau mengendalikan pelanggan bagi kes-kes kesihatan mental, dan talian sokongan atau kaunseling sepanjang pendamik COVID-19 yang disediakan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO). Antara saranan untuk kesihatan mental yang positif adalah rancang kerja harian, bersikap positif terhadap penyesuaian kerjaya, dapatkan sokongan sosial sekiranya perlu, tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah, amalkan komunikasi secara berkesan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kakitangan yang menyertai sesi perkongsian ini amat aktif bertanyakan soalan dan maklumbalas perkongsian ini oleh peserta amat positif.      
  • PENELITIAN STRATEGI BERKAITAN EKOSISTEM BUDAYA SUKAN MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL TWG INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2021 (IBSM’21)
    Putrajaya, 29 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel TWG IBSM’21 melalui platform ZOOM Meeting yang dijadualkan selama dua hari bermula 29 hingga 30 Jun 2021. Seramai 64 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Sukan, NGO, Badan korporat, Para Akademik dan lain- lain pemegang taruh belia telah mengikuti Majlis Perasmian Bengkel TWG IBSM’21 yang bermula pada 9.30 pagi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Para peserta juga telah didedahkan berkaitan format pelaporan bengkel bagi memudahkan proses sesi perbincangan mengikut empat pecahan kumpulan yang disediakan. Setiap kumpulan akan dipandu oleh fasilitator yang dilantik terdiri daripada pakar rujuk Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) iaitu YBrs. Prof. Dr. Mohd Salleh Aman (UM), YBrs. Prof. Madya Dr. Gunathevan Elumalai (UPSI), YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Riza Mohd Suradi (UKM) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Hashbullah Ismail (UiTM). Selain itu, seramai dua orang pelapor setiap kumpulan daripada IYRES disediakan untuk membantu fasilitator bagi melancarkan sesi perbincangan tersebut. Hasil perbincangan Bengkel TWG IBSM’21 akan dibentangkan pada hari kedua bengkel merangkumi Tier 2 iaitu Pendekatan Intervensi dan Pemerhatian khusus, Tier 3 iaitu Pendekatan Diagnosis dan Perbincangan Kumpulan Berfokus serta lima (5) faktor penyumbang kepada budaya sukan dalam masyarakat di Malaysia. Maklumat tersebut juga akan dijadikan input dalam menyokong pembentukan Kanvas Pembangunan Budaya Sukan masyarakat Malaysia sebagai usaha memupuk pembudayaan sukan dan menggerakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Bengkel TWG IBSM’21 dalam talian ini diakhiri dengan sesi pembentangan rumusan yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Manakala ucapan penutup bengkel telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.  
  • PEMANTAUAN KUALITI DAN KESEJAHTERAAN HIDUP BELIA MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL TWG #MYIndexbelia 6.0
    24 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 melalui platform ZOOM Meeting yang dijadualkan selama dua hari bermula 23 hingga 24 Jun 2021. Seramai 77 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Belia, NGO, Badan korporat, Para Akademik dan lain- lain pemegang taruh belia telah mengikuti bengkel tersebut yang bermula pada 9.00 pagi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES mewakili pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan. Para peserta juga telah didedahkan berkaitan format pelaporan bengkel bagi memudahkan proses sesi perbincangan mengikut empat pecahan kumpulan yang disediakan. Setiap kumpulan akan dipandu oleh fasilitator yang dilantik terdiri daripada pakar rujuk Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) iaitu YBrs. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail (UPM), YBrs. Prof. Dr. Haslinda Abdullah (UPM), YBrs. Dr. Dzulzalani Eden (UNIMAS) dan YBrs. Dr. Wendy Yee Mei Tien (UM). Selain itu, seramai dua orang pelapor setiap kumpulan daripada IYRES disediakan untuk membantu fasilitator bagi melancarkan sesi perbincangan tersebut. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan kepada pihak IYRES pada hari kedua merangkumi Tier 1 iaitu Lonjakan Inovasi, Tier 2 iaitu Pendekatan Intervensi & Pemerhatian Khusus dan Tier 3 iaitu Pendekatan Diagnosis & Perbincangan Kumpulan Berfokus. Antara strategi yang dihasilkan adalah seperti meningkatkan kolaborasi dengan pelbagai agensi/sektor dan antara program yang dicadangkan adalah seperti program Pemimpin Muda Lestari, Webinar/ Kursus berkaitan pembangunan belia dan sebagainya. Hasil perbincangan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 tersebut akan dijadikan input dalam menyokong pembentukan Kanvas Pembangunan Belia Malaysia untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia. dan Pembentangan rumusan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Manakala ucapan penutup bengkel telah disampaikan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.  
  • SINERGI MERENTAS 10 KUMPULAN PELAKSANA MELALUI PELAKSANAAN PRA BENGKEL TWG INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA (IBSM) 2021
    Putrajaya, 17 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Pra Bengkel TWG Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2021 melalui platform ZOOM Meeting melibatkan 70 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Sukan, NGO, Badan Korporat, Para Akademik serta lain- lain pemegang taruh belia dan sukan. Tujuan Pra Bengkel TWG IBSM 2021 dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan awal berkaitan perancangan Bengkel TWG IBSM 2021 yang akan dilaksanakan pada 29 dan 30 Jun 2021 nanti. Terdapat dua pembentangan yang telah dilaksanakan kepada peserta bengkel iaitu pembentangan pertama berkaitan Kanvas Visi Sukan Negara 2030 yang akan dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan belia Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Shaiful Nizam Yaakob, Penolong Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, KBS. Manakala pembentangan kedua adalah berkaitan hasil dapatan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2020 (IBSM’20) yang telah disampaikan oleh Puan Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Ucapan aluan juga telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Para peserta telah diberikan tugasan awal melalui format pelaporan bengkel yang disediakan untuk melancarkan proses perbincangan kumpulan pada bengkel TWG IBSM 2021 kelak.  
  • PERANCANGAN STRATEGIK MERENTAS 10 KUMPULAN PELAKSANA MELALUI PELAKSANAAN PRA BENGKEL TWG #MYIndexbelia 6.0
    Putrajaya, 16 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Pra Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 melalui platform ZOOM Meeting melibatkan 67 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Belia, NGO, Badan Korporat, Para Akademik serta lain- lain pemegang taruh belia. Tujuan Pra Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan awal berkaitan perancangan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 yang akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Jun 2021 nanti. Terdapat tiga pembentangan yang telah dilaksanakan kepada peserta bengkel iaitu pembentangan pertama berkaitan peranan dan pencapaian Dasar Belia Malaysia yang telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam mendayaupayakan belia Malaysia ke arah yang lebih sejahtera. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Sarah Maria Izuma Saruji, Penolong Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, KBS. Manakala pembentangan kedua adalah berkaitan hasil dapatan Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2020 (IBM’20) yang telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Seterusnya pembentangan ketiga pula adalah berkaitan pengaturcaraan Sistem eMYInd yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik, IYRES. Ucapan aluan juga telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Para peserta telah diberikan tugasan awal melalui format pelaporan bengkel yang disediakan untuk melancarkan proses perbincangan kumpulan pada bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 kelak.  
  • BENGKEL PENULISAN LAPORAN AKHIR KAJIAN KOMPETENSI PEMIMPIN MUDA
    PUTRAJAYA, 20-21 Mei 2021 - Bengkel Penulisan Laporan Akhir Kajian Kompetensi Pemimpin Muda telah diadakan secara atas talian melibatkan Pakar Rujuk, Penyelidik Bersama dan Penyelidik Dalaman IYRES. Sesi dimulai dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan disusuli dengan pembentangan hasil dapatan kajian kepada pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) oleh YBrs Dr. Jamali Samsuddin, Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Bengkel yang dilaksanakan selama melibatkan penulisan tiga bab utama iaitu berkaitan Senario Kepimpinan Belia di Malaysia, Kerangka Kompetensi Pemimpin Muda 2035 dan Pengukuran Kompetensi Kepimpinan Belia di Malaysia. Data-data yang digunakan bagi penulisan laporan kajian ini diperolehi menerusi input hasil daripada Scenario Plannning, Focus Group Discussion (FGD) bersama wakil belia dan kumpulan pelaksana dan maklum balas berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 600 orang responden belia yang berumur 15-30 tahun di enam negeri yang mewakili enam zon di seluruh Malaysia. Kini, pelaksanaan kajian ini berada di fasa terakhir dan dijangka dibentangkan kepada pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan i-LEAD pada akhir Jun 2021.  
  • TIGA TERAS UTAMA MEMARTABATKAN PELAN STRATEGIK IYRES 2021-2025
    PUTRAJAYA, 21-23 April 2021 – Bengkel Pelan Strategik Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) 2021-2025 telah diadakan dengan jayanya selama tiga hari bermula 21 hingga 23 April bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini dan memurnikan Pelan Strategik IYRES untuk tempoh lima tahun akan datang. Tujuan pemurnian pelan strategik ini adalah untuk merangka halatuju IYRES supaya ia sejajar dengan Akta 668, Dasar Belia Malaysia, Matlamat Pembangunan Lestari/ Sustainable Development Goals (SDG), Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia ke-12 dan Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2021-2025. Selama tiga hari bengkel ini berlangsung, para peserta telah mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran IYRES pada masa lalu demi memperbaiki misi dan visi IYRES sebagai peneraju institut penyelidikan pembangunan belia dan pusat rujukan data belia melalui tiga teras utama iaitu penyelidikan dan data, jaringan strategik dan tadbir urus. Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IYRES manakala taklimat bengkel disampaikan oleh Pn. Nuurul Mizaan Ya’cob, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Turut hadir adalah ketua bahagian dan ketua setiap unit di IYRES. Bengkel diakhiri dengan pembentangan draf dokumen Pelan Strategik IYRES 2021-2025 oleh YBrs. Dr. KPE kepada semua ahli Lembaga Pengarah IYRES.  
  • MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA IYRES DAN ICMS
    PUTRAJAYA, 19 April 2021 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan The International Council of Malaysian Scholars and Associates (ICMS) Malaysia telah berlangsung di bilik Mesyuarat Aras 10, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). IYRES yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, manakala ICMS diwakili oleh Cik Loh Nicole, 11th Council Chief Executive Director ICMS. Majlis ini dihadiri oleh enam orang wakil Malaysian Public Policy Competition (MPPC), ICMS iaitu Tan Xu Yin, Peh Qi Hui, John Paul Sim, Soh Jing Ting, Tan Shu Hwey dan Emilia Lye manakala IYRES diwakili oleh Pn. Nuurul Mizaan Ya’cob dan Cik Hamizah Sahharon. Perjanjian persefahaman di antara IYRES dan ICMS adalah merupakan yang pertama ditandatangani pada tahun ini. MoU ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai program pembangunan belia antaranya Persidangan Meja Bulat, pertukaran kepakaran dan juga cadangan membawa kertas polisi berkaitan pembangunan belia Malaysia ke peringkat kabinet.  
  • GELOMBANG PENGUNDI MUDA #TONGGAKNEGARA, APA KATA BELIA?
    PETALING JAYA, 10 April 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malayia (IYRES) dengan kerjasama UNITAR International University telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat/ Round Table Discussion (RTD) Siri 1 Tahun 2021 dengan tema Gelombang Pengundi Muda #TonggakNegara bertempat di Auditorium UNITAR International University. Persidangan ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan aspirasi anak muda dalam politik negara. Ia dikendalikan oleh tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Personaliti Televisyen bersama tiga orang panel iaitu Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UNITAR International University, dan En. Tharma Pillai, Advocacy Director UNDI 18. Seramai 139 orang peserta telah menyertai persidangan ini manakala 436 penonton dalam talian telah direkodkan melalui akaun Facebook IYRES KBS. Hasil perbincangan Persidangan Meja Bulat kali ini telah mengeluarkan lapan saranan kepada kerajaan/pemegang taruh pembangunan belia berkaitan politik, demokrasi dan kenegaraan. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES. Turut hadir YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan KSU (Strategik) KBS dan YBhg. Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.   
  • PENAMBAHBAIKAN PEMBUDAYAAN SUKAN MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL SINDIKASI INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2021 (IBSM’21)
    PUTRAJAYA, 22-23 Mac 2021 – Bengkel Sindikasi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021 (IBSM’21) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah berlangsung selama dua hari secara fizikal dan atas talian bermula 22 hingga 23 Mac 2021 bertempat di Putrajaya Marriott Hotel. Bengkel yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan domain dan indikator Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021 selaras dengan perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ( RMK-12).   Seramai 79 orang peserta yang mewakili Kementerian, Agensi, Non - Governmental Organization (NGO), persatuan sukan, syarikat korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia dan sukan telah hadir ke bengkel ini. Peserta bengkel telah dipecahkan kepada empat kumpulan perbincangan yang dipandu oleh seorang fasilitator dan dibantu oleh dua orang pelapor IYRES. Pihak IYRES telah mengaplikasikan penggunaan Padlet bagi memudahkan proses pengumpulan input perbincangan agar hasilnya lebih interaktif. Pada hari kedua bengkel berlangsung, empat sesi pembentangan daripada setiap wakil kumpulan telah dilaksanakan dan disusuli dengan sesi pembentangan rumusan bengkel oleh Puan Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Manakala ucapan perasmian penutup Bengkel Sindikasi IBSM’21 disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS. Disediakan oleh :En. Shah Romnizam RamliEksekutif Penyelidik Disunting oleh :Unit Komunikasi Korporat IYRES  
  • TINGKAT KUALITI DAN KESEJAHTERAAN HIDUP BELIA MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL SINDIKASI INDEKS BELIA MALAYSIA 2021 (IBM’21)
    PUTRAJAYA, 9 Mac 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel Sindikasi Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM’21) pada 8 dan 9 Mac 2021 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk penambahbaikan domain dan indikator Indeks Belia Malaysia 2021 selaras dengan perancangan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ( RMK-12). Bengkel ini juga melibatkan wakil Kementerian, Agensi, (NGO), Persatuan Belia, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Terdapat empat pecahan kumpulan kepada 63 orang peserta yang hadir ke bengkel tersebut secara fizikal dan atas talian. Setiap kumpulan akan dipandu oleh seorang Fasilitator dan dibantu oleh dua orang pelapor IYRES. Pihak IYRES telah mengaplikasikan penggunaan Padlet bagi mengumpul input perbincangan agar hasilnya lebih interaktif. Pada petang hari kedua bengkel, satu sesi pembentangan kumpulan dilaksanakan dan disusuli dengan sesi rumusan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bhg. Perancangan & Penyelidikan IYRES. Manakala ucapan perasmian penutup Bengkel sindikasi IBM’21 telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS. 9 Mac 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel Sindikasi Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM’21) pada 8 dan 9 Mac 2021 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk penambahbaikan domain dan indikator Indeks Belia Malaysia 2021 selaras dengan perancangan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ( RMK-12). Bengkel ini juga melibatkan wakil Kementerian, Agensi, Non - Governmental Organization (NGO), Persatuan Belia, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Terdapat empat pecahan kumpulan kepada 63 orang peserta yang hadir ke bengkel tersebut secara fizikal dan atas talian. Setiap kumpulan akan dipandu oleh seorang Fasilitator dan dibantu oleh dua orang pelapor IYRES. Pihak IYRES telah mengaplikasikan penggunaan Padlet bagi mengumpul input perbincangan agar hasilnya lebih interaktif. Pada petang hari kedua bengkel, satu sesi pembentangan kumpulan dilaksanakan dan disusuli dengan sesi rumusan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bhg. Perancangan & Penyelidikan IYRES. Manakala ucapan perasmian penutup Bengkel sindikasi IBM’21 telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS. Disediakan oleh :En. Shah Romnizam RamliEksekutif Penyelidik Disunting oleh :En. Mohd Nor Azam KamarudinPembantu Tadbir (P/O)  
  • FINALIZATION WORKSHOP OF THE ASEAN YOUTH DEVELOPMENT INDEX (YDI) PHASE II AWARENESS, VALUES & IDENTITY
    PUTRAJAYA, 22-23 February 2021 – A two-day Finalization Workshop on the ASEAN Youth Development Index (YDI) Phase II on ASEAN Awareness, Values and Identity involved ten ASEAN countries as the project’s task force. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Chief Executive Officer of IYRES along with Mr. Mohamad Khairul Mohamad Dam, Senior Assistant Secretary from International Relations Division, Ministry of Youth and Sports Malaysia were officially appointed as the focal point to give relevant inputs regarding the confirmation of dimensions and indicators for ASEAN YDI. Disediakan oleh :Cik Hamizah SahharonEksekutif Komunikasi Korporat Disemak oleh :Pn Shahhanim YahyaEksekutif Penyelidik Kanan  
  • PUTRAJAYA, 22-23 February 2021 – A two-day Finalization Workshop on the ASEAN Youth Development Index (YDI) Phase II on ASEAN Awareness, Values and Identity involved ten ASEAN countries as the project’s task force. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Chief Execu
      PUTRAJAYA, 10 Februari 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) telah menganjurkan Majlis Amanat YB Menteri Belia dan Sukan dan Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian Belia dan Sukan bagi bulan Februari 2021. Dua majlis berkenaan telah berlangsung dalam keadaan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tidak dinafikan, suasana majlis perhimpunan tahun ini amat berbeza susulan arahan perhimpunan ramai tidak dibenarkan, oleh itu majlis dianjurkan melalui Facebook Live KBSMalaysia dan disaksikan oleh seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di tempat masing-masing. Para tetamu telah dipertontonkan tayangan video  ucapan aluan dan juga amanat yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan. Dalam amanat YB Menteri Belia dan Sukan, beliau telah menekankan lima elemen teras yang akan diberi fokus dan keutamaan di KBS iaitu data driven organization, meneroka pelbagai peluang untuk disampaikan kepada kelompok sasar, menyediakan satu landing page khusus untuk belia, pembangunan belia yang inklusif dan aspirasi dalam menyampaikan setiap program, inisiatif dan projek kepada semua pemegang taruh.      Disediakan oleh :Mohd Nor Azam KamarudinPembantu Tadbir (P/O) Disemak oleh :Cik Hamizah SahharonEksekutif Komunikasi Korporat  
  • GO DIGITAL ASEAN LATIH 15,000 BELIA USAHAWAN MIKRO DI MALAYSIA
    KUALA LUMPUR - Program Go Digital ASEAN, yang memfokuskan untuk merapatkan jurang digital di seluruh rantau itu, telah dilancarkan di Malaysia dan bakal menyediakan latihan kepada 15,000 belia dan pengusaha mikro, kecil dan sederhana di seluruh negara. Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berkata program itu yang dilancarkan oleh menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akan membantu memastikan kelangsungan dan kesinambungan perniagaan, terutamanya dalam menghadapi pandemik Covid-19. The Asia Foundation - dengan sokongan geran bernilai ASD$3.3 juta daripada badan filantropi Google, Google.org - akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Penyelaras ASEAN untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME) untuk melatih sehingga 200,000 orang dari kawasan luar bandar dan masyarakat yang kurang berkemampuan. Di Malaysia, rakan pelaksana terpilih, International Youth Center dan Startup Malaysia, akan menggunakan sebahagian daripada dana tersebut untuk menghasilkan modul latihan literasi digital dengan tujuan untuk melatih 15,000 belia dan pengusaha mikro, kecil dan sederhana, dengan 50 peratus daripadanya adalah wanita. Menurut kementerian itu, latihan tersebut akan tertumpu pada kemahiran seperti membuat profil dalam talian di platform rangkaian profesional, menjalankan perniagaan dalam talian melalui media sosial dan menggunakan portal pekerjaan untuk meningkatkan kebolehkerjaan. “Kerjasama antara Jawatankuasa Penyelaras ASEAN untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME) dan The Asia Foundation, dengan sokongan Google.org, menyumbang kepada pengembangan kapasiti perusahaan ASEAN, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dalam digitalisasi dan akan membantu mewujudkan integrasi digital rantau ini seperti yang diharapkan oleh ASEAN Digital Intergration Framework (DIF),” kata Wan Junaidi. Sementara itu, Presiden The Asia Foundation David D. Arnold berkata inisiatif tersebut merupakan kerjasama pertama seumpamanya, mengumpulkan kepakaran dan pendekatan daripada sektor kerajaan, perniagaan, dan NGO — untuk membantu merapatkan jurang digital. MEDAC menjelaskan sejajar dengan ekonomi digital ASEAN yang terus berkembang, Malaysia juga banyak mempromosikan digitalisasi sebagai salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan dan kesinambungan perniagaan, terutamanya dalam menghadapi pandemik Covid-19. Namun, kerajaan tidak dapat melakukan usaha itu sendirian dan akan memerlukan sokongan serius oleh pengusaha mikro, kecil dan sederhana sendiri. Menurut hasil tinjauan post-Covid-19 yang dilakukan oleh MEDAC pada Ogos 2020, lebih banyak yang perlu dilakukan oleh PKS dari segi usaha digitalisasi agar Malaysia menjadi sebahagian daripada ekonomi digital yang sedang berkembang. Daripada 2,118 responden perniagaan, 45.76 peratus telah melaksanakan e-dagang manakala hanya 19.02 peratus yang menggunakan teknologi dan digitalisasi. Selanjutnya, Kajian Indeks Kesediaan Digital Maxis bertarikh 23 November 2020 juga melaporkan bahawa hanya purata 42 peratus PKS yang bersedia untuk digitalisasi. “Kejayaan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam melaksanakan integrasi digital ini di rantau ini akan membantu merapatkan jurang literasi digital dan boleh membawa peluang dan ganjaran baru bagi PKS di Malaysia dan ASEAN,” katanya. - BernamaSumber : Sinar Harian Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/120869/BISNES/Go-Digital-ASEAN-latih-15000-belia-usahawan-mikro-di-Malaysia  
  • SAMBUT KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UNITAR DALAM KEADAAN NORMA BAHARU
    PUTRAJAYA, 18 Januari 2021: IYRES telah menerima kunjungan hormat daripada enam orang pegawai dari UNITAR yang diketuai oleh Tuan Badrie bin Abdullah, Pengarah Perhubungan Korporat UNITAR. Sesi perbincangan lebih kurang dua jam ini berlangsung dalam keadaan norma baharu secara maya melalui platform Microsoft Teams Meeting. Pelbagai maklumat dan perkongsian cadangan kerjasama telah dibincangkan seperti anjuran bersama untuk Round Table Discussion (RTD) IYRES dan juga penyediaan kursus yang bersesuaian oleh pihak UNITAR kepada kumpulan sasaran belia Not in Employment, Education and Training (NEET).  Turut hadir bersama adalah Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan UNITAR, Pn. Malathi A/P Alagu; Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan UNITAR, En. Mohd Azahar bin Mohamed Nazir;    Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan UNITAR, En. Mohd Syafiq bin Abdul Jalil; Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan UNITAR, En. Zaim bin Halim dan Eksekutif Pembangunan Perniagaan UNITAR, Mohammad Zariq Asshifa bin Mohd Fauzi. Disediakan oleh :Cik Hamizah SahharonEksekutif Komunikasi Korporat Disemak oleh :Gs. Dr. Saripah OsmanPengurus Bahagian Perancangan & Penyelidikan  

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA,

Level 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000642
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List