Accessibility Tools

IYRES Menganjurkan TEGLAB Siri 3/2025: Kursus Visualisasi Tableau (Intermediate)

Image

Image

 

SELANGOR, 9–10 September 2025 - TEGLAB Siri 3/ 2025: Kursus Visualisasi Tableau (Intermediate) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bertempat di Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang, Selangor.

 

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Abdul Hakim Mohammad, Data Visualization Engineer daripada Opensoft Technologies Sdn. Bhd., dengan penyertaan seramai 18 peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi, IPT, NGO serta kerajaan negeri.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada pengenalan kepada Intermediate Tableau Features, teknik Data Visualization serta penggunaan Calculated Fields & Parameter, aplikasi Data Analytics, pembangunan dashboard interaktif menggunakan Tableau.

Penganjuran ini merupakan siri ketiga sekaligus penutup TEGLAB tahun 2025. Melalui inisiatif TEGLAB, literasi peserta dalam pengurusan serta visualisasi data dapat ditingkatkan di samping memperkukuh kesedaran tentang kepentingan data dan pembudayaan fakta. Program ini juga berperanan membekalkan peserta dengan kemahiran analitik bernilai tinggi dan relevan dalam persekitaran kerja masa kini.

 

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA,

Level 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000642
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List