Accessibility Tools

Featured

Bila Belia Berbicara: "Siapa & Di Manakah Anda 20 Tahun Akan Datang?"

Serendah, 11 Mac 2017:  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Yayasan Basmi Kemiskinan telah menganjurkan Siri 1/2017 program Bila Belia Berbicara (3B): "Siapa dan Di Manakah Anda 20 Tahun Akan Datang?" bertempat di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Serendah.  Program ini disertai seramai 139  orang belia luar dan pinggir bandar seperti Kuala Selangor, Felda Soeharto dan Rawang. Turut sama hadir daripada agensi kerajaan dan swasta. Program  ini adalah platform kepada belia untuk menyuarakan harapan dan aspirasi mereka untuk masa depan Malaysia yang lebih maju dan progresif. Objektif program juga untuk mendapatkan input berkaitan Transformasi Nasional 2050 (TN50) Sesi Forum telah dikendalikan oleh Saudara Hezry Hashim dengan seramai 3 orang panel iaitu  Dr. Kamril Juraidi (UiTM), Pn. Zuarini Jumai (Sekretariat TN50) dan En. Audi Faliq Ibrahim (YBK). Program 3B Siri 1/2017 ini telah berjaya menghasilkan 18 aspirasi yang diangkat sebagai resolusi program. Resolusi ini telah diserahkan oleh wakil belia, Muhammad Hafizuddin, pelajar Akademi Kemahiran YBK, Kuala Selangor kepada Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Zainah Shariff dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Haji Sakom.

Serendah, 11 Mac 2017:  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Yayasan Basmi Kemiskinan telah menganjurkan Siri 1/2017 program Bila Belia Berbicara (3B): "Siapa dan Di Manakah Anda 20 Tahun Akan Datang?" bertempat di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Serendah.

Program ini disertai seramai 139  orang belia luar dan pinggir bandar seperti Kuala Selangor, Felda Soeharto dan Rawang. Turut sama hadir daripada agensi kerajaan dan swasta. Program  ini adalah platform kepada belia untuk menyuarakan harapan dan aspirasi mereka untuk masa depan Malaysia yang lebih maju dan progresif. Objektif program juga untuk mendapatkan input berkaitan Transformasi Nasional 2050 (TN50) Sesi Forum telah dikendalikan oleh Saudara Hezry Hashim dengan seramai 3 orang panel iaitu  Dr. Kamril Juraidi (UiTM), Pn. Zuarini Jumai (Sekretariat TN50) dan En. Audi Faliq Ibrahim (YBK).

Program 3B Siri 1/2017 ini telah berjaya menghasilkan 18 aspirasi yang diangkat sebagai resolusi program. Resolusi ini telah diserahkan oleh wakil belia, Muhammad Hafizuddin, pelajar Akademi Kemahiran YBK, Kuala Selangor kepada Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Zainah Shariff dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Haji Sakom.

 

Featured

Penglibatan belia dalam radikalisme membimbangkan - TPM Zahid

PUTRAJAYA: Penglibatan golongan belia dalam gerakan radikalisme di negara ini didapati agak membimbangkan ekoran 80 peratus daripada tangkapan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 20 September tahun lalu melibatkan mereka yang di bawah umur 40 tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu, satu garis panduan mengenai Pencegahan Fahaman Ekstremisme dan Radikalisme dalam Kalangan Masyarakat telah dihasilkan dalam usaha memberi pengetahuan, pendedahan dan panduan kepada semua mengenai ancaman gerakan berkenaan.

"Kajian komprehensif yang telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dapat mengenal pasti tahap kecenderungan penglibatan dan sokongan belia Malaysia terhadap aktiviti dan gerakan kumpulan ISIS @ Daish daripada aspek profil demografi dan psikologi dan seterusnya memetakan faktor-faktor yang menyebabkan belia di Malaysia tertarik mengikuti kumpulan ISIS," katanya dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di sini, hari ini.
Sehubungan itu jelasnya, pelbagai program pencegahan gerakan radikalisme telah dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk dikordinasi secara bersepadu bersama kementerian dan agensi yang lain antaranya, menerusi pendekatan media sosial.

"Aspek pencegahan umum diberi keutamaan di mana strategi yang diketengahkan ialah mengoptimumkan peranan media sosial yang digunakan pihak luar untuk mempengaruhi golongan belia.

"Penyampaian 'narrative content' yang dibuat dalam bentuk kreatif dan digital kerana golongan belia lebih tertarik dengan pendekatan inovatif," katanya.

Tambahnya, penglibatan generasi belia bersama-sama kerajaan perlu dimantapkan lagi untuk mengetepikan sebarang pengaruh negatif bagi memastikan usaha memartabatkan Malaysia sebagai 20 negara terbaik dunia tercapai menerusi Dasar Transformasi Nasional 2050.

Sumber : Astro Awani , 9 Mac 2017

 

Featured

Bengkel Penggunaan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia

PUTRAJAYA, 7 Mac 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia bertempat di Galeri Kementerian Belia dan Sukan. Antara tujuan pelaksanaan bengkel ialah untuk memberi penerangan dengan jelas bagaimana aplikasi tersebut berfungsi dan cara penggunaannya aplikasi dengan lebih berkesan di kalangan  pihak yang terlibat dalam pembangunan belia.  Bengkel ini merangkumi beberapa medium yang boleh dimanfaatkan pengguna termasuk penggunaan Indeks Belia Malaysia dan Pemetaan Belia Malaysia dalam memahami situasi belia Malaysia yang merangkumi pembangunan sosial, kesihatan, pendidikan dan politik. Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari jabatan, bahagian dan agensi di bawah KBS telah menyertai bengkel satu hari ini. Bengkel kelolaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dan Unit Pengurusan Maklumat, IYRES telah dirasmikan oleh Cik Azura Binti Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, IYRES.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Wan Nor Iza Mohd Nor

nor.iza[at]iyres.gov.my

 

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA,

Level 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000470
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List