Accessibility Tools

Sesi Kunjungan Hormat AZAM SARAWAK ke IYRES

PUTRAJAYA, 27 Oktober 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Zaman Mahsang (AZAM) Sarawak, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam memperkasa golongan belia di negeri Sarawak. Delegasi seramai 15 orang wakil AZAM Sarawak yang diketuai oleh Encik Ali Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, hadir ke IYRES bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan belia di Sarawak melalui pendekatan berasaskan data dan penyelidikan. Perbincangan turut menumpukan kepada dua program utama anjuran AZAM Sarawak iaitu AZAM Young Souls (AYS) dan AZAM Toastmasters Club, yang telah menjadi platform penting dalam membangunkan sahsiah, kemahiran komunikasi dan kepimpinan belia Sarawak di peringkat nasional serta antarabangsa.

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES, dan turut dihadiri oleh Puan Asnida Abd Hamid (Eksekutif Penyelidik Kanan 6), Encik Shah Romnizam Ramli (Eksekutif Penyelidik Kanan 10), Dr. Nur Hidayah Zaidun (Eksekutif Penyelidik 9) serta Encik Muhammad Hafiz Hassan (Penolong Eksekutif Penyelidik 2).

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA,

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000469
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List