𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Bengkel Dalaman Analisis Data Analitik IBSM dan IBM 2025 Siri 2 telah selesai diadakan dengan jayanya bertempat di Moxy Putrajaya. Secara keseluruhannya, bengkel ini bertujuan untuk membangunkan model unjuran bagi menilai dan meramalkan skor kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) dan Indeks Belia Malaysia (IBM) sehingga tahun 2030 yang seterusnya menyokong perancangan dasar dan keputusan strategik organisasi. Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES dan pegawai-pegawai IYRES dari Cawangan Kajian Polisi Asas dan Gunaan, Cawangan Kajian Impak dan Isu Semasa, Cawangan Pengurusan Data dan Cawangan Teknologi Maklumat. Semoga dengan perkongsian ilmu dan kerjasama dalam kumpulan yang telah berlangsung di bengkel ini dapat menghasilkan output dan model unjuran yang berkualiti serta relevan.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







