Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia (Merekod Program Bantuan/Dana) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan

PUTRAJAYA, 13 FEBRUARI 2026 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia (Merekod Program Bantuan/Dana) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dilaksanakan di Bilik Latihan ICT Aras 14, Menara KBS dengan penglibatan pegawai-pegawai KBS yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program berbentuk bantuan dan dana di bawah seliaan KBS. Bengkel ini memberi fokus kepada merekodkan program berbentuk bantuan dan dana yang ditawarkan kepada golongan belia, termasuk persatuan belia dan sukan di dalam Sistem Dashboard Belia. Melalui sistem Dashboard Belia, maklumat yang direkodkan akan menjadi satu platform berpusat yang menawarkan bantuan dan dana KBS, seterusnya memudahkan proses rujukan dan permohonan melalui sistem sedia ada. Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan komitmen KBS dalam memperkukuh pengurusan data serta meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat berkaitan program bantuan dan dana kepada kumpulan sasar secara lebih sistematik dan berkesan.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List