𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟑 - 𝟏𝟒 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Bengkel Pembentukan Domain dan Indikator Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26) telah selesai diadakan selama dua (2) hari bertempat di Perdana 2, DoubleTree by Hilton Putrajaya. Bengkel ini memfokus kepada pembentukan, penyelarasan serta pemurnian domain dan indikator bagi pelaksanaan Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM’26). Menerusi bengkel ini, gerak kerja seterusnya bagi kajian ini turut dirancang secara terperinci supaya proses pengumpulan data dapat berjalan dengan lancar. Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES. Selain itu, seramai lima (5) orang Pakar Rujuk dan seorang Pakar Bidang Penyelidikan juga telah hadir ke bengkel ini untuk sama-sama membantu proses pembentukan domain dan indikator IBSM’26. Semoga usaha dan sinergi yang berlangsung dalam bengkel ini dapat menghasilkan output IBSM’26 yang berkualiti dan relevan.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







