𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔– Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus memperkukuh jaringan strategiknya apabila mengadakan Sesi Taklimat Kerjasama Strategik bersama Majlis Belia India Malaysia (MIYC) bagi memperluas pelaksanaan serta hebahan sistem MyProfil dalam kalangan belia, khususnya komuniti belia India di Malaysia. Sesi yang berlangsung di Ibu Pejabat IYRES ini memberi penekanan kepada pelaksanaan Inisiatif Hub Profil Belia IYRES, iaitu satu usaha bersepadu untuk memperluas capaian MyProfil sebagai platform utama pengumpulan dan pengurusan data belia negara. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem data yang lebih komprehensif, inklusif dan berteraskan keperluan sebenar belia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik 1 IYRES, manakala pembentangan sistem MyProfil telah disampaikan oleh Dr. Nur Hidayah Zaidun, Eksekutif Penyelidik 9 IYRES dari Cawangan Pengurusan Data IYRES. Antara fokus utama kerjasama yang dibincangkan termasuk mempergiat hebahan MyProfil dalam program-program anjuran MIYC, menggalakkan pendaftaran sebagai IYRES Community Enumerator (ICE) dan sukarelawan MyProfil, serta memperluas jaringan sistem ini melalui persatuan belia, NGO dan Majlis Belia Negeri. Melalui kolaborasi ini, IYRES komited untuk memperkasakan peranan data sebagai asas kepada perancangan dan penggubalan dasar pembangunan belia yang lebih tepat, responsif dan berimpak tinggi. Kerjasama strategik ini juga dijangka meningkatkan kadar penyertaan belia dalam sistem MyProfil sekali gus memperkukuh suara dan representasi belia dalam landskap pembangunan negara.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







