Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

IYRES Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Satu sesi kerjasama strategik antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian bagi memperkukuh kolaborasi dalam pembangunan ekosistem data belia. Dalam sesi tersebut, Cawangan Pengurusan Data IYRES telah membentangkan projek Hub Profil Belia (Sistem My profil) yang merupakan inisiatif utama dalam pengumpulan, penyelarasan dan analisis data belia secara bersepadu. Turut diperkenalkan ialah beberapa inisiatif lain seperti pendaftaran IYRES Community Enumerator (ICE), Sukarelawan Satria, ICExcellent Bootcamp, serta sistem Dashboard Belia dan YData. Kerjasama strategik ini dijangka dapat memperkukuh penggunaan data dalam perancangan dasar dan pelaksanaan program pembangunan belia yang lebih berfokus, berimpak tinggi serta selaras dengan keperluan semasa transformasi digital sektor belia.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List