SINGAPURA, 12 Februari 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus mengorak langkah di peringkat serantau apabila dijemput sebagai panel jemputan dalam program 𝘙𝘰𝘶𝘯𝘥𝘵𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘰𝘯 𝘠𝘰𝘶𝘵𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘏𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 𝘪𝘯 𝘚𝘰𝘶𝘵𝘩𝘦𝘢𝘴𝘵 𝘈𝘴𝘪𝘢 anjuran ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapura. Program yang dilaksanakan secara hibrid di Bilik Seminar ISEAS serta menerusi platform Zoom Webinar ini menghimpunkan pakar, penyelidik dan penggubal dasar dari seluruh Asia Tenggara bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan kesihatan belia. Perbincangan meja bulat tersebut memberi tumpuan kepada persepsi dan pengalaman sebenar belia terhadap kesihatan, di samping mengenal pasti cabaran semasa yang dihadapi oleh generasi muda di rantau ini. Sesi turut meneliti perbandingan antara negara serta membincangkan intervensi di peringkat antarabangsa, serantau, nasional dan tempatan yang telah terbukti berkesan, termasuk batas dan cabarannya. IYRES diwakili oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, bersama lima (5) panel jemputan lain yang berkongsi pandangan serta membahaskan pendekatan inovatif ke arah penggubalan dasar yang lebih responsif dan berimpak tinggi. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan IYRES dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan belia serta menyumbang kepada pembangunan dasar yang lebih inklusif dan mampan, demi memenuhi keperluan serta aspirasi generasi belia masa hadapan.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







