Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

IYRES Perkukuh Peranan Strategik dalam Latihan Sukarelawan Teraju Muda 2026

𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒, 𝟐𝟒 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dijemput sebagai penceramah sempena Latihan Sukarelawan Teraju Muda dan Pegawai Seranta Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Berlian, Aras 1, Blok B, Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Latihan ini dilaksanakan sebagai persediaan kepada para peserta dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia di kawasan Parlimen terpilih. Pasukan IYRES yang terlibat dalam sesi ini terdiri daripada Puan Mastura Mohamad (EPK2), Encik Mohd Rizal Mohd Sham (EPK5) dan Encik Shah Romnizam Ramli (EPK10), telah menyampaikan pembentangan bertajuk “IYRES: Nadi Strategik & Think Tank Pembangunan Belia” kepada seramai 20 orang belia terpilih. Melalui sesi pembentangan tersebut, para peserta telah didedahkan kepada fungsi dan peranan IYRES sebagai pusat rujukan strategik pembangunan belia, selain memahami landskap semasa pembangunan belia negara serta pengenalan kepada sistem-sistem utama di bawah Hub Data Belia.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List