𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟓 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Hedayah Centre yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu telah menghasilkan satu penyelidikan bertajuk 'Understanding and Preventing Online Extremism and Violent Extremism in Southeast Asia' pada tahun 2025. Kajian ini bertujuan meneliti landskap maklumat dalam talian di Malaysia serta membincangkan ancaman baharu, mekanisme sedia ada dan langkah-langkah pencegahan bagi mengekang fahaman pelampau dan ekstremisme ganas dalam ruang digital. Sehubungan itu, SEARCCT telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Hasil Penyelidikan 'Understanding and Preventing Online Extremism and Violent Extremism in Southeast Asia' yang melibatkan penyertaan wakil kementerian, agensi dan jabatan berkaitan dalam usaha mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan (PCVE). Sesi ini bertujuan membentangkan dapatan utama kajian yang telah diterbitkan secara dalam talian pada Disember 2025, di samping meningkatkan pemahaman pihak berkepentingan terhadap trend dan cabaran dalam ekosistem digital. Selain itu, perbincangan ini turut berperanan memperkukuh pendekatan "whole-of-government" melalui dialog strategik dan kerjasama antara kementerian serta agensi berkaitan. Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Puan Nur Syuhada Mokhzan, Eksekutif Penyelidik, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







