Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

Program “Lunch & Learn: Infrastructure Insights 2026” anjuran Ofisgate Sdn. Bhd.

PUTRAJAYA, 4 FEBRUARI 2026 – Program “Lunch & Learn: Infrastructure Insights 2026” anjuran Ofisgate Sdn. Bhd. telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dorsett Putrajaya dengan penglibatan pegawai teknologi maklumat daripada pelbagai agensi. Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kepentingan Network Performance Monitoring serta penilaian infrastruktur ICT secara menyeluruh dalam menyokong kelancaran operasi organisasi. Antara pengisian utama program ialah perkongsian berkaitan penggunaan deep packet analysis bagi pemantauan prestasi rangkaian, aplikasi dan keselamatan sistem. Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada platform simulasi SiberSIM, iaitu satu kaedah simulasi yang membolehkan organisasi menjalankan analisis ramalan (what-if analysis) terhadap prestasi, kapasiti dan kebolehskalaan infrastruktur ICT sebelum pelaksanaan sebenar. Pendekatan ini membantu organisasi membuat perancangan yang lebih strategik serta mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Ridzuan Mohd Rohani dan Encik Muhammad Alif Najmi Mohd Azman, Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat, IYRES, dan diharap dapat memberi nilai tambah dalam usaha memperkukuh pengurusan serta pemantauan infrastruktur ICT organisasi.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List