Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

Sesi Pembentangan Analisis Dapatan Program Kuasa Orang Muda (KOM)

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟔 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Sesi Pembentangan Analisis Dapatan Program Kuasa Orang Muda (KOM) kepada pihak IMPACT Integrated bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 10, Menara KBS. Sesi ini bertujuan membentangkan hasil analisis dapatan penilaian Program Kuasa Orang Muda (KOM) yang telah dilaksanakan sebelum ini. Dalam sesi tersebut, pihak IYRES turut mempersembahkan visualisasi dapatan kajian melalui penggunaan perisian Tableau, bagi memudahkan pemahaman terhadap analisis data serta memperlihatkan trend dan pola dapatan kajian secara lebih interaktif dan komprehensif. Pembentangan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat serta perbincangan antara pihak IYRES dan IMPACT Integrated dalam meneliti hasil kajian yang diperoleh dan mencadangan penambahbaikan pelaksanaan program KOM pada masa akan datang. Kerjasama ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan strategik antara IYRES dan IMPACT Integrated dalam usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan belia di Malaysia.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List