Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

SESI PEMBENTANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN INDEKS BELIA PAHANG 2024

𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍, 𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Sesi pembentangan hasil dapatan Kajian Indeks Belia Pahang 2024 bersama Yayasan Pahang telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Aras 1, Yayasan Pahang, Kuantan, Pahang. Sesi ini bertujuan membentangkan hasil analisis kajian yang telah dijalankan pada tahun 2024. Selain itu, pembentangan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat serta perbincangan strategik antara pihak IYRES dan Yayasan Pahang dalam meneliti dapatan kajian serta merangka cadangan penambahbaikan program ke arah meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia di negeri Pahang. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, YBrs. Encik Abdul Razak bin Abu Musa Saari manakala sesi pembentangan dapatan kajian telah disampaikan oleh Puan Shahhanim binti Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES. Turut hadir ialah wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang serta Pegawai Khas kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List