PUTRAJAYA, 3 FEBRUARI 2026 – Sesi Perbincangan Pelaksanaan Kajian Keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Aras 10, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.Pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan PLKN 3.0 dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berjiwa patriotik serta mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Sesi perbincangan ini diadakan untuk membincangkan dan memuktamadkan skop kajian dan gerak kerja pelaksanaan Kajian Keberkesanan PLKN 3.0. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan I, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Pakar Rujuk Kajian, wakil daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) iaitu YBhg. Brigedier Jeneral Samad Igom dan Puan Noor Azlina Saadin, serta para penyelidik IYRES.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







