𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Sesi Townhall sempena Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Pusat Aktiviti Banghuris Homestay, Sepang, Selangor. Program ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari dengan penglibatan belia negeri Selangor berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertujuan meningkatkan penyertaan belia, memperluas akses kepada inisiatif kerajaan serta menyediakan platform komunikasi dua hala antara belia dan pihak kerajaan. Selain itu, pelbagai pengisian menarik turut diadakan, termasuk pameran interaktif, aktiviti kesukarelawan dan sukan komuniti. Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Nur Diyana Nadirah binti Mohd Hadi, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan Cik Nurul Alya binti Mohamed Adnan, Penolong Eksekutif Penyelidik, IYRES sebagai pelapor sesi Townhall tersebut. Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit pada Mesyuarat Bil.2/2025, Pembentangan Status Semasa Pengurusan Sistem Ydata serta Cadangan Data Baharu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







