PERAK, 21 JANUARI 2026 - Sesi taklimat Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi pengumpulan profil belia NEET Fasa 2 bagi Kajian Potensi, Daya Saing dan Kebolehpasaran Belia Malaysia dalam Pekerjaan, Latihan dan Pendidikan bagi negeri Perak telah selesai dilaksanakan pada 20 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Perak Techno Trade Centre bagi kawasan Kinta dan 21 Januari 2026 bagi kawasan Manjung bertempat di The Baker's Hut, Manjung.Sesi TOT ini telah dihadiri secara fizikal oleh satu (1) orang penyelia, empat (4) orang enumerator mewakili kawasan Kinta dan satu (1) orang enumerator mewakili kawasan Manjung. Tujuan pelaksanaan TOT ini adalah untuk memberi penerangan, pendedahan dan kefahaman lebih jelas berkenaan skop tugas enumerator sepanjang melakukan proses pengutipan data bagi kajian ini.Sesi TOT telah disampaikan oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dan dibantu oleh Encik Muhammad Aizad Mohd Apandi dan Cik Nurul Alya Mohamed Adnan.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







