PUTRAJAYA, 22 & 26 JANUARI 2026 - Sesi Taklimat Kewangan dan Perakaunan IYRES Siri I dan Siri II kepada pegawai dan kakitangan IYRES telah selesai dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Menara KBS.Sesi taklimat ini bertujuan meningkatkan pengetahuhan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai konsep dan prosedur dalam pengurusan perolehan kerajaan di samping memperoleh kemahiran dan kepakaran dalam aspek-aspek kritikal mengenai prosedur dan proses dalam perolehan kerajaan.Menerusi sesi ini, peserta didedahkan dengan peraturan-peraturan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan serta perolehan yang perlu dipatuhi bagi memastikan akaun dapat diuruskan dengan sempurna selaras dengan kehendak IYRES secara khususnya dan peraturan Kerajaan pada keseluruhannya.Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Farius Bujang dibantu oleh Puan Sartina Safian, Puan Anis Kamilia Aminorddin dan Cik Nor Farah Syafiqah Norman.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







