Entiti memohon perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada Unit Komunikasi Korporat IYRES berhubung perletakan logo berbanding logo-logo lain sebelum menggunakannya untuk tujuan rekaan grafik di banner, bunting, backdrop, poster, portal, media sosial, buku dan semua bentuk promosi. Kedudukan logo hendaklah bersesuaian dan disusun mengikut kekananan dan peringkat kegunaan.
Penggunaan logo IYRES
Tidak diterima
Elakkan meletak logo IYRES di atas latar belakang yang mengganggu kejelasan dan menenggelamkan logo. Logo harus dikekalkan secara penuh dan tidak boleh dipotong atau diambil sebahagian sahaja.
Diterima
Logo IYRES hendaklah diletakkan di dalam keadaan jelas dan nyata di latar belakang yang tidak serabut agar dapat dilihat dengan jelas. Komposisi lebar dan tinggi haruslah dikekalkan apabila logo dibesar atau dikecilkan. Sebarang bentuk pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut tentang garis panduan penggunaan logo IYRES.
Garis Panduan Penggunaan Logo IYRES (PDF)
Logo IYRES (Format .pdf)
Logo IYRES (Format .ai)










