HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Accessibility Tools
Sistem e-Perolehan IYRES (https://www.tenderwizard.my/IYRES) merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal untuk menawarkan bekalan, perkhidmatan dan kerja kepada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui atas talian (internet). Ia adalah meliputi tawaran perolehan secara tender, sebut harga dan kajian pasaran yang akan dikeluarkan oleh IYRES.
Sistem e-Perolehan IYRES menggunakan platform Tender Wizard selaku penyedia perkhidmatan (service provider). Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem e-Perolehan IYRES ini adalah meliputi:
Pendaftaran pembekal dan pembayaran secara atas talian.
Pembelian dokumen tender/ sebut harga dan pembayaran secara atas talian.
Memproses dan menyerahkan tawaran tender / sebut harga/ kajian pasaran secara atas talian.
Penyaluran maklumat (contoh kenyataan tawaran, pembukaan, keputusan) melalui email yang telah didaftarkan.