Accessibility Tools

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus melangkah maju sebagai institusi penyelidikan pembangunan belia yang unggul dalam menyokong agenda pembangunan belia negara.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga IYRES atas komitmen, dedikasi serta profesionalisme yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan pelbagai fungsi dan tanggungjawab organisasi. Usaha berterusan dalam bidang penyelidikan, penerbitan, pengurusan data, pembangunan indikator, perkongsian ilmu serta pelaksanaan program sokongan penyelidikan telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan belia di Malaysia.

Dalam landskap pembangunan negara yang semakin dinamik dan mencabar, penyelidikan pembangunan belia memainkan peranan yang amat penting sebagai pemacu kepada penghasilan dasar, strategi dan program yang lebih berkesan. Sehubungan itu, IYRES terus komited dalam menyediakan data, statistik, analisis saintifik dan dapatan penyelidikan yang berasaskan bukti (evidence-based) bagi membantu Kementerian Belia dan Sukan serta pelbagai pemegang taruh merangka intervensi yang lebih responsif, inklusif dan berimpak tinggi.

Sebagai pusat rujukan utama berkaitan pembangunan belia, IYRES sentiasa berusaha memperkukuh budaya penyelidikan yang berkualiti, memperluas jaringan kerjasama strategik serta meneroka pendekatan baharu yang lebih progresif dan futuristik. Pendekatan ini amat penting bagi memastikan setiap dasar dan program yang dirancang dapat memenuhi keperluan semasa serta mendepani cabaran masa hadapan golongan belia dalam era digital dan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Saya juga berharap agar IYRES akan terus mempertingkatkan kecemerlangan organisasi melalui penghasilan penyelidikan berkualiti tinggi, pengukuhan pengurusan data yang berintegriti, serta penyediaan fakta dan angka yang sahih sebagai rujukan utama pembangunan belia negara. Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, memperkukuh inovasi penyelidikan dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan akan menjadi faktor utama dalam memastikan IYRES kekal relevan dan berdaya saing di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga IYRES atas segala usaha dan pencapaian yang telah diraih. Marilah kita terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, integriti dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan demi memperkasakan pembangunan belia Malaysia.

Semoga IYRES terus maju sebagai institusi penyelidikan yang disegani dan menjadi peneraju dalam menghasilkan ilmu, data dan bukti yang mampu membentuk masa depan belia yang lebih sejahtera, berdaya tahan, berdaya saing dan progresif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sekian, terima kasih.

Ketua Pegawai Eksekutif

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000778
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List