Persidangan Meja Bulat: Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia
Tarikh
26 November 2025
Tempat
Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta
158 orang
Ringkasan Program
Program ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu bunuh diri dalam kalangan belia serta mendapatkan idea, cadangan dan pandangan peserta bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia.
Program tersebut dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
Meningkatkan pemahaman berkaitan isu bunuh diri dalam kalangan belia.
Memberi ruang kepada belia, pakar serta pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan cabaran dalam menangani isu bunuh diri.
Merangka cadangan strategi dan intervensi yang berkesan untuk menangani isu bunuh diri merentas lapisan masyarakat terutamanya golongan belia.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta sebagai input penting dalam penggubalan serta penambahbaikan dasar berkaitan kualiti dan kesejahteraan hidup belia.
Hasil Program
Input program akan digunakan bagi penambahbaikan penyediaan panduan ringkas (Quick Guide) Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia.
Persidangan Meja Bulat: Menoktahkan Budaya Buli, Membina Generasi Prihatin
Tarikh
16 Oktober 2025
Tempat
Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta
213 orang
Ringkasan Program
Program ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu buli dalam kalangan belia serta mendapatkan idea, cadangan dan pandangan peserta dalam menoktahkan budaya buli daripada terus berleluasa.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
Meningkatkan pemahaman tentang kepentingan mewujudkan persekitaran yang selamat, inklusif dan bebas buli dalam kalangan belia.
Memberi ruang kepada belia, pakar serta pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan cabaran dalam menangani isu buli.
Merangka cadangan strategi dan intervensi yang berkesan untuk mencegah serta menangani buli di pelbagai peringkat.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta sebagai input penting dalam penggubalan serta penambahbaikan dasar berkaitan pencegahan buli.
Hasil Program
Telah menghasilkan 23 input resolusi untuk membina masyarakat dan generasi belia yang lebih prihatin, berempati dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan diri serta masyarakat sekeliling.
Dewan Utama, Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah
Penyertaan Peserta
152 orang
Ringkasan Program
Program ini dilaksanakan bersempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang berfokuskan kepada kesihatan mental belia. Sejumlah sembilan (9) orang panel nasional dan antarabangsa telah dijemput bagi membincangkan isu kesihatan mental dalam kalangan belia.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan Pusat Pembangunan Komunikasi (C4D), Universiti Putra Malaysia serta melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
Mengenal pasti cabaran budaya, sosial dan ekonomi yang mempengaruhi kesedaran kesihatan mental serta akses kepada perkhidmatan rawatan di rantau ini.
Meningkatkan kerjasama serantau antara negara anggota ASEAN melalui perkongsian amalan terbaik, dasar dan program.
Memperkukuh usaha advokasi dengan penglibatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin belia ke arah pembangunan ekosistem kesihatan mental yang inklusif dan mampan.
Memperkasa golongan belia melalui latihan kepimpinan dan advokasi kesihatan mental.
Hasil Program
Telah menghasilkan sebelas (11) input resolusi yang memberi saranan bagi memperkukuh ekosistem kesihatan mental dan kesejahteraan belia di seluruh ASEAN dan Timor Leste.