Accessibility Tools

Persidangan Meja Bulat Belia

Persidangan Meja Bulat Belia

Program Persidangan Meja Bulat: Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia
Tarikh 26 November 2025
Tempat Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta 158 orang
Ringkasan Program Program ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu bunuh diri dalam kalangan belia serta mendapatkan idea, cadangan dan pandangan peserta bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia.

Program tersebut dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
  • Meningkatkan pemahaman berkaitan isu bunuh diri dalam kalangan belia.
  • Memberi ruang kepada belia, pakar serta pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan cabaran dalam menangani isu bunuh diri.
  • Merangka cadangan strategi dan intervensi yang berkesan untuk menangani isu bunuh diri merentas lapisan masyarakat terutamanya golongan belia.
  • Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta sebagai input penting dalam penggubalan serta penambahbaikan dasar berkaitan kualiti dan kesejahteraan hidup belia.
Hasil Program Input program akan digunakan bagi penambahbaikan penyediaan panduan ringkas (Quick Guide) Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
432250
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List