Accessibility Tools

Travelog Ilmu / Webinar IYRES

Travelog Ilmu / Webinar IYRES

BICARA INTELEK/SEMBANG SANTAI/COFFEE TALK 

1. OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Program ini bertujuan untuk: Program Bicara Intelek/Sembang Santai/Coffee Talk IYRES/ Webinar merupakan inisiatif program yang memberi peluang orang ramai berkongsi maklumat dan penerangan berkaitan isu-isu semasa yangberkaitan dengan pembangunan belia dalam pelbagai aspek. Tujuan program juga adalah untuk pembangunan minda dan memberi motivasi sebagai masyarakat umum berkaitan keperluan untuk memahami sesuatu isu.

1.2 Matlamat program

1.2.1 Matlamat Khusus

a. Perkongsian dan penyebaran ilmu serta maklumat terkini berdasarkan penyelidikan yang telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tuntutan pembangunan belia masa kini.
b. Sebagai panduan dalam merangka, merancang dan merencana agenda pembangunan belia agar selaras dengan RMK-11.

2. SEBAB-SEBAB DIPERLUKAN

2.1 Menyokong pelaksanaan program berbentuk sokongan penyelidikan dan berkongsi maklumat dan pandangan daripada peserta mengenai program dan dasar-dasar kerajaan;
2.2 Memastikan hasil program diguna dan dimanfaatkan untuk pengetahuan masyarakat umum.
2.3 Menjayakan Pelan Strategik IYRES 2016-2020 dengan menganjurkan program-program intelek yang dianjurkan IYRES;

3. KAEDAH PERLAKSANAAN

3.1 Program ini melibatkan masyarakat awam untuk mengetahui isu-isu semasa serta berkongsi pengetahuan dalam menangani masalah yang berkaitan dengan masyarakat dan belia;
3.2 Program ini akan menjemput seorang penceramah yang berkaliber bagi setiap siri untuk berkongsi pengetahuan dan strategi dalam menangani sesuatu isu yang akan dikemukakan;
3.3 Peserta berpeluang bertanyakan soalan apabila terdapat sebarang kemusykilan berkaitan isu-isu yang disampaikan bagi menambahbaik perkhidmatan dalam merangka, merancang dan melaksana aktiviti pembangunan belia di Malaysia;

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:

TEL:+603 8871 3335 - Encik Shah Romnizam Ramli

   Pilihan Maklumat Travelog Ilmu mengikut tahun, Klik pada tahun pilihan untuk maklumat lanjut;

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000778
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List