𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍, 𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menghadiri Bengkel Pembangunan Modul Program Kepimpinan dan Jati Diri Belia (PKJD) di Klana Resort, Seremban pada 21 hingga 23 April 2026. Bengkel anjuran JBSN ini bertujuan untuk membangunkan dan memperhalusi modul agar lebih komprehensif dalam membentuk belia berdaya kepimpinan dan jati diri tinggi. Sepanjang bengkel, peserta membangunkan serta menambah baik modul merangkumi kepimpinan, jati diri, patriotisme dan kesukarelawanan termasuklah pelaksanaan modul “Aku Berbakti” bagi menggalakkan penglibatan belia dalam komuniti. IYRES turut menyumbang dalam pembangunan instrumen penilaian pra dan pasca program bagi mengukur keberkesanan PKJD secara berasaskan data seterusnya memperkukuh pembangunan modul dan kerjasama strategik. IYRES diwakili oleh Dr. Nur Shazwanie Rosehan, Eksekutif Penyelidik.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







