HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Accessibility Tools
ππππππππ, ππ ππ©π«π’π₯ ππππ β Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menghadiri Bengkel Pembangunan Modul Program Kepimpinan dan Jati Diri Belia (PKJD) di Klana Resort, Seremban pada 21 hingga 23 April 2026. Bengkel anjuran JBSN ini bertujuan untuk membangunkan dan memperhalusi modul agar lebih komprehensif dalam membentuk belia berdaya kepimpinan dan jati diri tinggi. Sepanjang bengkel, peserta membangunkan serta menambah baik modul merangkumi kepimpinan, jati diri, patriotisme dan kesukarelawanan termasuklah pelaksanaan modul βAku Berbaktiβ bagi menggalakkan penglibatan belia dalam komuniti. IYRES turut menyumbang dalam pembangunan instrumen penilaian pra dan pasca program bagi mengukur keberkesanan PKJD secara berasaskan data seterusnya memperkukuh pembangunan modul dan kerjasama strategik. IYRES diwakili oleh Dr. Nur Shazwanie Rosehan, Eksekutif Penyelidik.