MELAKA, 19 Januari 2026 – Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem Dashboard Belia Peringkat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah selesai dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat, JBSN Melaka. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan dan dibantu Cik Wan Suriani Wan Jamal, Eksekutif Penyelidik Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan penyertaan bengkel melibatkan pegawai-pegawai daripada JBS Melaka di peringkat negeri dan daerah. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta keupayaan Focal Point dalam penggunaan Sistem Dashboard Belia, khususnya dalam aspek pengurusan dan pelaporan program. Bengkel turut dihadiri oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah JBSN Melaka bagi mendapatkan pendedahan secara langsung berkaitan sistem serta memastikan penyelarasan data, pemantauan program dan pelaporan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tepat dan berkesan di peringkat jabatan.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







