Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) SISTEM DASHBOARD BELIA PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

MELAKA, 19 Januari 2026 – Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem Dashboard Belia Peringkat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah selesai dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat, JBSN Melaka. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan dan dibantu Cik Wan Suriani Wan Jamal, Eksekutif Penyelidik  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan penyertaan bengkel melibatkan pegawai-pegawai daripada JBS Melaka di peringkat negeri dan daerah. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta keupayaan Focal Point dalam penggunaan Sistem Dashboard Belia, khususnya dalam aspek pengurusan dan pelaporan program. Bengkel turut dihadiri oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah JBSN Melaka bagi mendapatkan pendedahan secara langsung berkaitan sistem serta memastikan penyelarasan data, pemantauan program dan pelaporan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tepat dan berkesan di peringkat jabatan.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List