Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

Building Malaysia's Next Generation of Food Systems Leaders Workshop: Strengthening Youth Engagement Through Science-Policy-Society Interfaces (SPSI)

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔– Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menyertai “Building Malaysia’s Next Generation of Food Systems Leaders Workshop: Strengthening Youth Engagement through Science–Policy–Society Interfaces (SPSI)” yang dianjurkan melalui kerjasama United Nations Food Systems Coordination Hub dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kementerian, agensi, institusi penyelidikan, NGO dan wakil belia bagi memperkukuh peranan belia dalam transformasi sistem makanan negara melalui pendekatan integrasi sains, dasar dan masyarakat. Sepanjang bengkel, peserta terlibat dalam sesi perkongsian, dialog serta perancangan tindakan yang memberi fokus kepada pembangunan inisiatif belia dan pengukuhan kerjasama merentas sektor. Penyertaan IYRES ini selaras dengan usaha memperkasa belia sebagai agen perubahan dalam pembangunan negara, khususnya dalam memastikan sistem makanan Malaysia yang lebih mampan, inklusif dan berasaskan bukti. IYRES telah diwakili oleh Pn. Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik Kanan.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List