HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Accessibility Tools
πππππππππ, ππ ππ©π«π’π₯ ππππβ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menyertai βBuilding Malaysiaβs Next Generation of Food Systems Leaders Workshop: Strengthening Youth Engagement through ScienceβPolicyβSociety Interfaces (SPSI)β yang dianjurkan melalui kerjasama United Nations Food Systems Coordination Hub dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kementerian, agensi, institusi penyelidikan, NGO dan wakil belia bagi memperkukuh peranan belia dalam transformasi sistem makanan negara melalui pendekatan integrasi sains, dasar dan masyarakat. Sepanjang bengkel, peserta terlibat dalam sesi perkongsian, dialog serta perancangan tindakan yang memberi fokus kepada pembangunan inisiatif belia dan pengukuhan kerjasama merentas sektor. Penyertaan IYRES ini selaras dengan usaha memperkasa belia sebagai agen perubahan dalam pembangunan negara, khususnya dalam memastikan sistem makanan Malaysia yang lebih mampan, inklusif dan berasaskan bukti. IYRES telah diwakili oleh Pn. Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik Kanan.