CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Ministry of Youth and Sports
Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
Accessibility Tools
πππππ ππππππ, π π πππππππ ππππ β Forum Ekonomi Malaysia 2026 (FEM 2026) anjuran Kementerian Ekonomi telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai platform utama menampilkan pakar dalam pelbagai bidang dari dalam dan luar negara. Forum bertemakan βAccelerating Growth, Advancing Malaysiaβ ini telah disempurnakan oleh YAB Datoβ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia manakala ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi. FEM 2026 memberi tumpuan kepada lima (5) agenda utama selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), iaitu kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga, reformasi kesihatan dan perumahan, perdagangan kompetitif serta pembangunan tenaga kerja masa depan bagi membentuk ekonomi negara. Penganjuran FEM2026 turut mendapat sokongan rakan strategik dan institusi kewangan utama, sekali gus mengukuhkan komitmen berterusan pelbagai pihak terhadap pembangunan ekonomi Malaysia. Forum ini telah dihadiri oleh Puan Norlyana Ahmad Hisham, Eksekutif Penyelidik IYRES