Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

FORUM EKONOMI MALAYSIA 2026 MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟓 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Forum Ekonomi Malaysia 2026 (FEM 2026) anjuran Kementerian Ekonomi telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai platform utama menampilkan pakar dalam pelbagai bidang dari dalam dan luar negara. Forum bertemakan “Accelerating Growth, Advancing Malaysia” ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia manakala ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi. FEM 2026 memberi tumpuan kepada lima (5) agenda utama selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), iaitu kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga, reformasi kesihatan dan perumahan, perdagangan kompetitif serta pembangunan tenaga kerja masa depan bagi membentuk ekonomi negara. Penganjuran FEM2026 turut mendapat sokongan rakan strategik dan institusi kewangan utama, sekali gus mengukuhkan komitmen berterusan pelbagai pihak terhadap pembangunan ekonomi Malaysia. Forum ini telah dihadiri oleh Puan Norlyana Ahmad Hisham, Eksekutif Penyelidik IYRES

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List