Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

IYRES Perkukuh Kerjasama Bagi Pengimpulan Data Profil Belia NEET

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔  – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pengumpulan Data Kajian Profil Belia NEET bertempat di Aras 10, Menara KBS. Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara IYRES dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) melalui penglibatan pegawai belia dan sukan di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan pengumpulan data belia 𝘕𝘰𝘵 𝘪𝘯 𝘌𝘮𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵, 𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘳 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 (NEET) dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan. Kerjasama bersepadu ini penting bagi memastikan data profil Belia NEET dapat dikumpulkan secara lebih menyeluruh dan tepat. Data yang komprehensif akan membantu pihak berkepentingan merangka intervensi yang lebih berfokus, bersasar dan berimpak tinggi dalam usaha memperkasa golongan belia di Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, serta wakil daripada IYRES iaitu Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan 2, bersama para penyelidik IYRES.

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List