𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pengumpulan Data Kajian Profil Belia NEET bertempat di Aras 10, Menara KBS. Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara IYRES dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) melalui penglibatan pegawai belia dan sukan di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan pengumpulan data belia 𝘕𝘰𝘵 𝘪𝘯 𝘌𝘮𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵, 𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘳 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 (NEET) dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan. Kerjasama bersepadu ini penting bagi memastikan data profil Belia NEET dapat dikumpulkan secara lebih menyeluruh dan tepat. Data yang komprehensif akan membantu pihak berkepentingan merangka intervensi yang lebih berfokus, bersasar dan berimpak tinggi dalam usaha memperkasa golongan belia di Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, serta wakil daripada IYRES iaitu Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan 2, bersama para penyelidik IYRES.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







