Putrajaya, 26 Februari 2026 – Sesi Taklimat 𝘍𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘗𝘰𝘪𝘯𝘵 Hub Profil telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seramai 117 orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) peringkat negeri, daerah, bahagian dan kawasan yang telah dilantik sebagai 𝘧𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 Hub Profil IYRES. Pelaksanaan sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan berhubung pelaksanaan projek Hub Profil serta memperincikan peranan dan tanggungjawab 𝘧𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut. Taklimat ini turut memberi fokus kepada penerangan berkaitan sistem Myprofil yang mengandungi modul IYRES Community Enumerator (ICE) dan Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA). Pelaksanaan sesi taklimat ini selaras dengan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara IYRES dan JBSN. Melalui pelantikan 𝘧𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 Hub Profil, inisiatif ini diyakini mampu memperluas promosi perkhidmatan ICE serta meningkatkan keberkesanan pengumpulan data dan pelaksanaan penyelidikan pembangunan belia secara lebih tersusun, komprehensif dan berimpak tinggi. Sesi taklimat ini telah dilaksanakan secara dalam talian dan dibentangkan oleh Encik Mohd Rizal bin Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







