Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

Sesi Taklimat Focal Point kepada 117 Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)

Putrajaya, 26 Februari 2026 – Sesi Taklimat 𝘍𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘗𝘰𝘪𝘯𝘵 Hub Profil telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seramai 117 orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) peringkat negeri, daerah, bahagian dan kawasan yang telah dilantik sebagai 𝘧𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 Hub Profil IYRES.  Pelaksanaan sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan berhubung pelaksanaan projek Hub Profil serta memperincikan peranan dan tanggungjawab 𝘧𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut. Taklimat ini turut memberi fokus kepada penerangan berkaitan sistem Myprofil yang mengandungi modul IYRES Community Enumerator (ICE) dan Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA). Pelaksanaan sesi taklimat ini selaras dengan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara IYRES dan JBSN. Melalui pelantikan 𝘧𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 Hub Profil, inisiatif ini diyakini mampu memperluas promosi perkhidmatan ICE serta meningkatkan keberkesanan pengumpulan data dan pelaksanaan penyelidikan pembangunan belia secara lebih tersusun, komprehensif dan berimpak tinggi. Sesi taklimat ini telah dilaksanakan secara dalam talian dan dibentangkan oleh Encik Mohd Rizal bin Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List