KOTA BHARU - 21 JANUARI 2026 - Sesi taklimat Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi pengumpulan profil belia NEET untuk Kajian Potensi, Daya Saing dan Kebolehpasaran Belia Malaysia dalam Pekerjaan, Latihan dan Pendidikan negeri Kelantan telah selesai dilaksanakan bertempat di Port B Co-Working Space, Kota Bharu, Kelantan. Seramai dua (2) orang enumerator telah hadir ke sesi TOT ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan, pendedahan serta kefahaman lebih jelas berkenaan skop tugas enumerator di sepanjang proses pengumpulan data kajian dijalankan.Selain itu, satu sesi pemantauan pengumpulan data turut dilakukan pada hari yang sama iaitu bertujuan untuk menilai kefahaman enumerator dalam pelaksanaan dan pengumpulan data ketika berada di lapangan. Sesi TOT telah disampaikan oleh Puan Norati'qah Talib, Eksekutif Penyelidik Kanan serta dibantu oleh Puan Aryma Johari.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.
For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
000779







