Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

SESI TRAINING OF TRAINERS (TOT) ENUMERATOR PENGUMPULAN PROFIL BELIA NEET BAGI KAJIAN POTENSI, DAYA SAING DAN KEBOLEHPASARAN BELIA MALAYSIA DALAM PEKERJAAN, LATIHAN DAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU - 21 JANUARI 2026 - Sesi taklimat Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi pengumpulan profil belia NEET untuk Kajian Potensi, Daya Saing dan Kebolehpasaran Belia Malaysia dalam Pekerjaan, Latihan dan Pendidikan negeri Kelantan telah selesai dilaksanakan bertempat di Port B Co-Working Space, Kota Bharu, Kelantan. Seramai dua (2) orang enumerator telah hadir ke sesi TOT ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan, pendedahan serta kefahaman lebih jelas berkenaan skop tugas enumerator di sepanjang proses pengumpulan data kajian dijalankan.Selain itu, satu sesi pemantauan pengumpulan data turut dilakukan pada hari yang sama iaitu bertujuan untuk menilai kefahaman enumerator dalam pelaksanaan dan pengumpulan data ketika berada di lapangan. Sesi TOT telah disampaikan oleh Puan Norati'qah Talib, Eksekutif Penyelidik Kanan serta dibantu oleh Puan Aryma Johari.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List