PUTRAJAYA, 12 FEBRUARI 2026 – Seramai sembilan (9) pegawai IYRES telah menyertai Bengkel Penggunaan Perisian Tableau yang berlangsung selama empat (4) hari, bermula 9 hingga 12 Februari 2026, bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran pegawai dalam penggunaan perisian Tableau sebagai platform analisis dan visualisasi data bagi menyokong penyediaan laporan yang lebih interaktif, tepat dan berimpak tinggi. Sepanjang program, peserta didedahkan kepada kaedah pembangunan dashboard, pengurusan data serta teknik visualisasi yang efektif bagi membantu proses membuat keputusan berasaskan data. Penyertaan ini diharap dapat memperkukuh keupayaan analitik data IYRES selaras dengan usaha mempertingkatkan kualiti penyampaian maklumat dan penyampaian laporan organisasi.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







