𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝟐𝟗–𝟑𝟎 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 — Bengkel Libat Urus Data Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil.1/2026 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan (BDS), KBS serta Institut Sukan Negara (ISN) telah berjaya dilaksanakan di Hotel Holiday Inn, Sepang, Selangor. Ucapan alu-aluan bengkel telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS kepada seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada 𝘧𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 dan pegawai mewakili bahagian, jabatan serta agensi di bawah KBS. Pelaksanaan bengkel ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh hala tuju Projek Data Raya KBS bagi tempoh 2026 hingga 2030, selaras dengan Perancangan Strategik KBS 2026–2030 serta Dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Bengkel ini turut berperanan sebagai platform utama untuk mengenal pasti keperluan data di peringkat KBS secara menyeluruh melalui penyelarasan program dan inisiatif berimpak tinggi. Sebanyak lima (5) fokus bidang utama telah dikenal pasti merangkumi aspek pembangunan Belia, pemerkasaan Sukan, pengukuhan latihan TVET, pengembangan Industri Sukan, serta penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan kementerian. Sepanjang dua hari pelaksanaan, bengkel ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 117 program dan inisiatif bagi tempoh perancangan 2026–2030, serta mengenal pasti sebanyak 169 set data strategik sebagai input utama pembangunan ekosistem Data Raya KBS. Majlis rumusan dan penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES, yang turut menekankan kepentingan penyelarasan data merentas bahagian bagi memastikan pelaksanaan Projek Data Raya KBS 2026–2030 lebih bersepadu, mampan dan berorientasikan impak nasional.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







