𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 2/ Siri 2 2026 Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi (KJA) telah selesai dilaksanakan bertempat di Dewan Podium Menara KBS dan secara atas talian bertujuan memberi pendedahan kepada Focal Point baharu dalam merekodkan pelaporan program di peringkat KJA. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan dan Cik Wan Suriani Wan Jamal, Eksekutif Penyelidik, IYRES yang melibatkan penyertaan seramai 55 Focal Point. Pelaksanaan bengkel secara berkala ini membolehkan peserta merekod serta mengemas kini maklumat pelaporan program selain memberi pendedahan kepada Focal Point mengenai modul-modul yang terkandung di dalam sistem bagi memastikan pengurusan program dan data belia lebih efisien dan teratur.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







