𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟓 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Instrumen dan Protokol Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bertempat di Menara KBS hari ini. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaik instrumen kajian bagi memastikan keberkesanan program PLKN 3.0 dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin dan patriotik dapat diukur secara tepat. Sesi perbincangan ini memberikan tumpuan khusus kepada pemurnian instrumen soal selidik serta protokol perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion - FGD) yang melibatkan pelbagai sasaran informan termasuk bekas peserta dan jurulatih. Sesi pemurnian ini telah dipengerusikan oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES, serta turut dihadiri oleh Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid selaku Pakar Rujuk Kajian bersama Mejar Mohamad Norizam Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Sukarelawan Alumni, JKLN dan barisan kepimpinan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







