𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Bengkel Pendaftaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Pelaksanaan Kerja Belia telah diadakan di Menara KBS, Putrajaya, dengan penyertaan calon daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta dan agensi kerajaan. Bengkel tersebut bertujuan memberi pencerahan berkaitan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada para pengamal kerja belia. Selain itu, para peserta turut dibimbing secara langsung mengenai tatacara permohonan PPT melalui sistem MySPIKE. Penceramah daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson, iaitu Puan Norazlina Ramli dan Puan Syaripah Yuliana, telah dijemput bagi berkongsi mengenai keperluan PPT serta membimbing para calon sepanjang sesi bengkel berlangsung. Penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu para pengamal kerja belia memahami proses serta tatacara pendaftaran SKM Pelaksanaan Kerja Belia dengan lebih jelas, sekali gus meningkatkan pengiktirafan profesional dalam bidang kerja belia di negara ini.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







