𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟐𝟐 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔– Bengkel Penulisan Artikel Kajian Potensi, Daya Saing dan Kebolehpasaran Belia dalam Pekerjaan, Pendidikan dan Latihan (Siri 1) telah berjaya dilaksanakan di Hotel DoubleTree by Hilton, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk menyebarluaskan dapatan kajian yang telah dilaksanakan, di samping memperkukuh kualiti penulisan artikel jurnal melalui bimbingan pakar yang dilantik. Sepanjang bengkel, perbincangan turut memberi fokus kepada skop artikel, platform penerbitan serta rangka penulisan yang akan diterbitkan. Penghasilan artikel jurnal ini diharapkan dapat menjadi rujukan penting kepada pemegang taruh pembangunan belia, pelajar dan masyarakat umum, selain menyokong usaha penggubalan dasar dan perancangan program yang lebih berkesan serta berasaskan bukti. Ucapan alu-aluan bengkel telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan dihadiri oleh tujuh orang penulis artikel serta penyelidik IYRES.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







