𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟏 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔– Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menghadiri Bengkel Penyelidikan Siswazah: Pembangunan Model Faktor Penentu Masalah Malpemakanan Remaja di Malaysia – Group Model Building (GMB) Siri 2 yang berlangsung di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bengkel anjuran Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), UKM ini bertujuan membangunkan model bagi memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah malpemakanan remaja di Malaysia serta merupakan kesinambungan daripada Bengkel GMB Siri 1. Sepanjang bengkel, peserta terlibat dalam sesi semakan model dan pembangunan cadangan intervensi melalui perbincangan merentas sektor. Penyertaan IYRES mencerminkan komitmen dalam menyokong penyelidikan serta memperkukuh kerjasama strategik dalam menangani isu malpemakanan remaja. IYRES diwakili oleh Puan Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik Kanan.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







