𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟏𝟒 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Bengkel Signals of Harm: Indicators of Online Extremism Risk Content telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium, ISIS Malaysia. Bengkel ini bertujuan membincangkan isu ekstremisme dalam talian, khususnya dalam mengenal pasti tanda awal kandungan berisiko serta memperjelas garis pemisah antara kebebasan bersuara dan ancaman keselamatan digital. Majlis dirasmikan oleh Datuk Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Pengerusi Eksekutif ISIS Malaysia. Sesi turut menampilkan pembentangan oleh Encik Anis Rifhan Rosli serta penglibatan Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid, Pensyarah Kanan, Universiti Malaya. Perbincangan memberi tumpuan kepada mengenal pasti tanda awal risiko, menentukan kesesuaian tindakan undang-undang perlu diambil, serta melindungi golongan berisiko khususnya belia daripada pengaruh radikalisasi. Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Nur Syuhada Mokhzan, Eksekutif Penyelidik IYRES.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







