𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌, 𝟏𝟒 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Satu sesi taklimat Hub Profil Belia telah diadakan bersama YB Lau Weng San di Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor bagi memperkenalkan sistem pengurusan data belia bersepadu. Taklimat tersebut memberi fokus kepada pembangunan Hub Profil Belia di bawah Sistem My profil dengan memberi penerangan berkaitan pendaftaran IYRES Community Enumerator (ICE), Sukarelawan Satria, ICExcellent Bootcamp, selain penggunaan sistem Dashboard Belia dan YData dalam memperkasa pengurusan data belia secara lebih sistematik. Dalam sesi tersebut, YB Speaker mencadangkan agar IYRES mengadakan perbincangan lanjut bersama peserta dan alumni ADUN Muda, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negeri Selangor serta Exco Generasi Muda Negeri Selangor bagi memperluas pemahaman dan penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh IYRES di peringkat negeri.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







