Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

IYRES Santuni Anak Yatim Rumah Bakti Al-Kausar Melalui Majlis Berbuka Puasa

𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈, 𝟔 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Kelab Rekreasi IYRES telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor, sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sempena bulan Ramadan. Program tersebut telah menghimpunkan seramai 20 orang anak yatim yang disantuni oleh warga IYRES melalui pelbagai aktiviti menarik, antaranya permainan kuiz Ramadan serta penyampaian duit raya kepada para peserta. Selain itu, pihak IYRES turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian kepada Rumah Bakti Al-Kausar. Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan derma daripada orang ramai yang telah dijalankan pada awal Februari 2026 yang lalu. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Khairil Khalid, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES. Sementara itu, ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Penganjuran program ini merupakan platform mengeratkan hubungan silaturahim antara warga IYRES dan masyarakat, di samping menyemai nilai keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga kerja IYRES.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List