PUTRAJAYA, 3 - 4 FEBRUARI 2026 - Pasca Makmal Pembangunan Belia Malaysia telah selesai dilaksanakan selama dua (2) hari di Canna Hall, Palm Garden Hotel, Putrajaya. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Pasca Makmal Pembangunan Belia Malaysia ini adalah untuk membincangkan, membentangkan serta memurnikan input dan penulisan Laporan Penuh Makmal Pembangunan Belia Malaysia.Menerusi pelaksanaan Pasca Makmal Pembangunan Belia Malaysia ini, pengemaskinian penulisan Laporan Penuh Makmal Pembangunan Belia Malaysia telah dilakukan secara inklusif supaya lebih mudah difahami dan berkesan untuk pembangunan belia di Malaysia.Pasca makmal ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN, Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1 IYRES, pegawai-pegawai penyelidik IYRES serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN.
Turut hadir adalah empat (4) orang pakar rujuk kajian yang juga bersama-sama menyumbang idea bagi menghasilkan Laporan Penuh Makmal Pembangunan Belia Malaysia yang berkualiti dan relevan.
HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779







